Dengan Nama Nya Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Sedikit catatan ketika pertama kali aku aku diberikan peluang mengerjakan
umrah bersama isteri tercinta...
06 APRIL 2014 (Ahad - Day 1)
Hampir sepanjang malam kami tak boleh tidur kerana memikirkan apa yang
bakal terjadi sepanjang perjalanan kami nanti. Walaupun ini bukanlah kali
pertama kami berdua ke luar negara, tapi apabila menjadi Tetamu Allah....
Debarannya sungguh lain macam..
Pada masa yang sama, kami turut memikirkan, apa lagi yang belum diselesaikan
sama ada keperluan hendak kesana atau pun yang akan ditinggalkan di tanah air
Kami mengambil keputusan untuk menghadiri kursus umrah secara rasmi
- sekurang2 nya sekali (walaupun dicadangkan 3 kali bagi yang pertama kali).
Selama ini kami hanya "mengikuti kursus umrah" ini secara virtual saja
iaitu sama ada dengan VCD yang ada ataupun melalui Youtube.
**walaupun kita boleh mengikuti kursus umrah secara online/vcd,
adalah lebih baik kita hadiri kursus secara rasmi yang dicadangkan,
sebab melalui kursus tersebut, sekurang2nya kita akan dapat peluang
untuk bertanya sebarang kemusykilan kita kepada ustaz yang bertugas.
Tambahan pula, dengan kursus tersebut mungkin ada arahan2 yang spesifik
yang perlu diikuti oleh para jemaah. Contoh seperti: pukul berapa sepatutnya
berkumpul di airport, tentative program di Madinah atau Mekah, jenis pakaian
yang perlu dibawa (musim sejuk? Musim panas? Lain2?) dan
maklumat2 lain yang berkaitan***
0800h: Kami pergi ke Section 7 Shah Alam. Setiba disana, didapati ada
nota mengatakan kursus akan mula jam 0900h. Kami pun pergi bersarapan dulu.
0910h: Kursus di mulakan oleh Ustaz Mujahid
1115h : Rehat - sempat minum air teh o saja - ramai yang berebut
1205h: Kursus tamat - sempat ambil no telefon ustaz dan suruh
ustaz email presentation dia tadi...
**Pada dasarnya, apa yang diterangkan oleh Ustaz tu, taklah jauh beza
dengan apa yang saya belajar di vcd dan online... Cuma kali ni, saya rasa
lebih confident untuk mengerjakan umrah itu nanti...***
1230h: Singgah di UITM ambil anak saudara
1300h: Singgah di Kompleks PKNS menukar Ringgit Malaysia ke Saudi Riyal
Dan juga beli lagi sehelai dua baju untuk kesana
**Kadar tukaran wang asing di Malaysia agak mahal jika dibandingkan
jika kita tukar di Saudi nanti... Di Malaysia saya menukar RM1500 untuk SR950 -
walhal jika saya tukar di Saudi, dengan RM1500 saya mungkin
akan dapat SR 1650 !!!***

1430h: Kami pulang kerumah... Dan terasa sangat letih walaupun
debaran (suspens) makin kuat ... Terus tertidur hingga 1800h !!!
1830h: Membuat persediaan terakhir... Packing bags, pesan kat anak2..
Kat anak2 saudara, mak mertua, duit sekolah, duit minyak kereta...
Perghhh... Macam2 !!!!! Yang paling risau, kalau2 ada yang terlupa atau
tidak tertulis dalam cx list...
2100h: Akhirnya, acara "turun rumah" dijalankan oleh Qayyum.
Seterusnya bertolak ke LCCT dengan dihantar oleh abang Teh.
**Baru ku tahu, rupanya, saat yang paling berat adalah melepaskan
anak2 dalam jagaan dan lindungan Allah semata2...
Tiada lagi daya dan upaya kita untuk menjaga mereka, melindungi mereka***
2145h: Tiba di LCCT - perasaan masih tak menentu... Entah apa yang
akan terjadi... Hati tak berhenti doa " Moga dimudahkan, moga dimudahkan..."
2250h: Berjumpa dengan wakil Andalusia - En Adha -
terima: Tag Nama, Pasport serta Boarding Pass - terus cx in luggage...
**Kami ambil keputusan untuk membalut luggage kami dengan
'plastic strap' (RM10 setiap satu bag) - ada yang sekadar mengikat

dengan tali utk memastikan bag tak dibuka dalam perjalanan nanti -
terpulang***
terpulang***
2350h: Baru terasa lapar (semenjak petang tadi) - terus makan
di Marry Brown yang berhampiran
07 APRIL 2014 (Isnin - Day 2)
0010h: Taklimat terakhir dari wakil Andalusia - kesemuanya seramai
132 jemaah yang akan pergi bersama kami - seterusnya dibahagikan
pula kepada kumpulan kecil seramai 30 orang - kumpulan saya "Bas 1"
- mutawif: Ustaz Naqiuddin
**dengan Andalusia, kami di bahagikan ikut kumpulan. Setiap kumpulan
akan ada seorang mutawif...selepas daripada ini, setiap pergerakan
adalah bersama kumpulan masing2 serta mutawif masing2...
Biasanya tag nama juga akan tertera nama kumpulan, nama mutawif,
serta nama hotel yang akan diduduki di Madinah dan juga di Mekah nanti***
**kemungkinan pada masa ini juga, pihak Andalusia akan menjual
penapis habuk yang boleh digunakan ketika melakukan umrah
TANPA melanggar larangan2 ketika dalam ihram
(wanita tidak boleh menutup muka dengan memakai mask/topeng muka)
- terpulang pada jemaah hendak membeli atau tidak -
setiap satu kotak ada 2 biji penapis - berharga lebihkurang RM20 setiap kotak***
0100h: Mula memasuki terminal dengan menunggu pula di pintu T18.
0130h: Boarding kedalam pesawat AirAsia X
0235h: Berlepas dengan selamat
**Sebelum naik pesawat tadi, kami antara 10 yang terakhir menaiki pesawat
ketika dalam pesawat, saya dapati tempat duduk saya dengan tempat duduk
isteri saya berjauhan, begitu juga dengan jemaah lain.
Oleh kerana kami lewat naik, jemaah lain ramai yang sudah pun
menukar tempat duduk agar dapat duduk bersama dengan ahli keluarga
masing2...
masing2...
Setelah beberapa minit mengatur tempat duduk, akhirnya saya dan isteri
dapat duduk berhampiran - saya cadangkan agar jemaah tidak kelam kabut
untuk berebut tempat duduk, duduk dulu ditempat yang ditulis dalam
boarding pass, kemudian setelah aman, BARU lah maklum kepada
pramugara/pramugari yang bertugas utk meminta agar ditukar tempat duduk***
0255h: masih tidak tahu apa yang akan berlaku dalam seminggu dua ini...
Cuma yang pasti, masih teringat/rindu yang amat sangat kepada
anak2 yang masih kecil. "Ya Allah, aku serahkan anak2 ku kepada Mu,
jagalah mereka, lindungilah mereka dari segala bencana dan musibah,
tiada lagi daya dan upaya kami untuk berbuat apa2 melainkan
berserah kepada Mu semata2. Amin"
0315h: kami dihidangkan makan lewat malam... Nasik berlauk daging...
Apa2 lah, baru kini terasa lapar yang amat sangat (tadi tak terasa pun)...
0400h: setelah selesai makan, kami bersembang2 kosong dan tak lama
kemudian kami tertidur... Baru terasa letih...

0830h: kami dikejutkan dengan pengumuman masuknya waktu solat subuh...
Berbekalkan air botol dan cara yang diajar utk berwudhu, serta cara solat
ketika duduk dalam pesawat, kami selamat menunaikan solat subuh.
**1. Cara mengambil wudhu menggunakan "botol spray" diajar ketika
kami menghadiri kursus tempoh hari
2. Cara dan syarat solat sambil duduk dalam pesawat juga diterangkan
semasa kursus tempoh hari. Disamping itu, kami juga mencari dalam
youtube cara2 dan syarat2 yang dibenarkan untuk bersolat ketika dalam pesawat.
3. Rupa2nya kena lihat juga keadaan pesawat. Jika pesawat tersebut
ADA MENYEDIAKAN tempat solat, ,maka WAJIB untuk kita bangun dan
solat mcm biasa. Dalam kes kami, pesawat AirAsiaX TIDAK MENYEDIAKAN
ruang khas untuk bersolat, maka kami solat ditempat duduk masing2 sahaja. ***
0900h: Sarapan disediakan. Ya betul, kami masih lapar dan makan saja apa yang dihidangkan. Kali ini, nasik lemak.
0915h: Selesai sarapan, Captain pesawat membuat pengumuman bahawa kami
dijangka tiba di Jeddah pada jam 1100h... Iaitu lebih kurang lagi 2jam perjalanan..

- antara ragam yang dapat dilihat:
1. Ada penumpang (mungkin bukan jemaah kami) yang mengambil kesempatan
menggunakan 3seat yang kosong sebagai katilnya sendiri. Hanya bangun ketika
pesawat hampir mendarat.

2. Ada penumpang yang mengunci jam, kononnya untuk bangun subuh tapi,
mungkin terlalu letih, terus saja tidur tanpa pedulikan bunyi jam dia tu...
Sehinggalah saya sendiri kejutkan dia untuk menutup bunyi jam dia tu.

3. Ada penumpang yang menyimpan sedikit makan malam yang disediakan tadi,
hanya semata2 untuk mendapatkan "lauk extra" ketika bersarapan...
Pada saya bagus idea tu...

**Pada ketika ini, saya dapati saya perlu menukarkan waktu saya kepada
waktu tempatan iaitu waktu Arab Saudi... Saya dan isteri hanya menukar waktu
di handphone masing2 mengikut waktu tempatan Arab Saudi, manakala
jam ditangan kami biarkan sebagai waktu Malaysia - beza antara Arab Saudi
dan Malaysia ialah 5 jam (12tgh malam di Arab Saudi = 5pagi waktu Malaysia)
- selepas daripada ini, semua waktu yang dicatatkan adalah dalam waktu
Arab Saudi***

0500h: Waktu tempatan di Jeddah. Jadi sekarang, kami dijangka mendarat
di Jeddah pada jam 0700h.
0620h: Pesawat kami selamat mendarat di Jeddah. Alhamdulillahh...
Kami suami isteri sengaja membiarkan jemaah lain berasak2 untuk keluar awal
dari pesawat, sebab kami tahu, walau awal macam mana pun, masih kena
tunggu juga nanti (typical airport procedures)

0710h: Akhirnya kami semua berada dalam terminal. Disitu kami terpaksa
menunggu giliran untuk "mengadap" pegawai imigresen pula.
Sementara menunggu, kami didatangi beberapa pekerja airport,
memberi tawaran untuk kami membeli sim card.

Sebelum datang tempoh hari, kami diberitahu supaya TIDAK membeli simcard
di airport kerana "mahal" katanya... Menurut mereka lagi, jika dibeli di airport,
harga simcard SR40 dijual pada harga SR50, dengan isi simcard sebanyak
SR10 sahaja... Jadi kami pun dengan "sombong"nya tak jadi la membeli simcard
yang ditawarkan... Walaupun mereka kata "simcard SR40, isi SR40"...
Kami tetap tidak membelinya... Kami bercadang untuk membeli dihotel nanti
(seperti yang nasihatkan kepada kami) - cuma masalahnya: kami tidak dapat
menghubungi keluarga di Malaysia mengatakan kami selamat mendarat di Jeddah..
Saya beritahu isteri saya "sabarlah kejap kott... Nanti sampai hotel, kita beli
simcard, pastu cakap la puas2.." isteri saya setuju...

Kami menunggu di kawasan ruang ketibaan. Agak hairan juga kenapa
pihak imigresen Jeddah tak "anticipate" akan kedatangan jemaah yang ramai
(dari seluruh dunia) - bagaimana pula nanti kalau musim haji ataupun
musim umrah Ramadhan nanti....???

Ustaz Naqiuddin (mutawif) kami memberitahu, inilah cara mereka bekerja,
dan ianya sudah menjadi kebiasaan di sini... Jadi dia berharap semua jemaah
bersabar, berserah kepada Allah dan anggaplah sahaja - semua ini adalah ujian
semata2 dari Allah... Kami pun bersabar... Jadi, sambil menunggu, kami
berjalan2 disekitar kawasan terminal, setakat kawasan yang dibenarkan...
Rupanya, ruang yang kami "jelajahi" itu lebih sejuk dari ruang menunggu tadi
(kerana tiada direct sunlight kearah kami)... Kami pun mengambil keputusan
untuk terus duduk disitu sahaja, bairpun sekadar diatas lantai, asalkan lebih sejuk.
Saya lihat jemaah lain selesa diatas kerusi di ruang menunggu tadi,
walaupun cahaya matahari menembusi terus melalui dinding kaca
bahagian tersebut (menyebabkan ianya panas).

0945h: Akhirnya, (setelah lebih dari dua jam menunggu) tibalah juga giliran kami...
- tetapi oleh kerana saya dan isteri berada di ruang hadapan, kami terus saja
menuju kearah yang tunjukkan.Rupanya perjalanan dalam terminal itu sendiri
agak jauh untuk sampai ke bahagian imigresen. Bila sampai di cx point pertama,
saya dapati, kami suami isteri antara 5 orang yang pertama yang berbaris...
Dan di cx point pertama ini juga kami dipisahkan supaya berbaris mengikut jantina..
Dan selang 2-3 minit kemudian, barulah jemaah lain sampai ke cx point pertama tadi.
Dan seperti biasa, ada yang cuba memotong barisan dengan buat2 tak nampak
kita ni sedang berbaris... !!!! Sabarrrrr....

Urusan di kaunter imigresen tidak lah lama (tidak seperti yang digembar
gemburkan) - mereka cuma ambil cap jari (kesemua sepuluh jari tangan) dan
mengambil gambar... Itu sahaja .... Rasanya tak sampai pun 5 minit...

1000h: Setelah segala urusan selesai (termasuk cx out luggage) kami dibawa
ke bahagian "terminal bas" untuk menunggu bas masing2... Menurut
Ustaz Naqiuddin (selepas ini saya akan merujuk dia sebagai UN saja)
di sini bas tidak dibenarkan tunggu lama, kerana banyak bas menunggu giliran
untuk membawa jemaah masing2 yg datang dari seluruh dunia !!!
Kami faham dan kami redha serta sabarrrrrrr....

1030h: Akhirnya kami menaiki "Bas 1" seperti yang ditentukan... Alhamdulilahh...
Saya dan isteri (selepas ini saya akan merujuk sebagai SDI saja -
dan "kami" pula merujuk kepada jemaah dari group Bas 1 ini)
seperti dirancang, duduk dibahagian paling belakang bas -
konon macam budak2 nakal zaman sekolah dulu...

Setelah segala urusan memunggah luggage kedalam perut bas selesai, maka
bas pun bergerak menuju ke Madinah.... Rupanya setiap bas disediakan
mikrofon, dan UN pun memberi kata2 aluan selamat datang kepada kami
dan mengetuai kami membaca doa perjalanan... SDI tertidur...

1100h: Bas kami tiba2 berhenti - rupanya ia mengisi minyak dan UN memberitahu
sesiapa yang ingin membeli sedikit makanan sebagai alas perut, boleh beli
dikedai berhampiran. Isteri saya turun dan membeli roti untuk kami berdua.

1120h: Kami menyambung semula perjalan yang jauh... Menurut UN perjalanan
akan mengambil masa lebih kurang 5jam untuk ke Madinah..

1300h: Bas berhenti lagi, tetapi kali ini di sebuah tempat - sama macam -
RnR di lebuhraya kita di Malaysia... Jadi kami berhenti disitu untuk makan tgh hari
serta solat Zohor dan Asar (Jama')

Pihak Andalusia sendiri telah menyediakan makanan untuk kami semua.
Merasa juga makan nasi arab berlaukkan ayam dan ikan...

1400h: Kami meneruskan lagi perjalanan
1600h: Akhirnya kami tiba di Madinah... Kota Rasulullah saw...
Sebelum sampai hotel, kami nampak juga sedikit kelibat Masjid Nabawi...
Sebaik saja nampak kelibat Masjid Nabawi, maka terus sebak didada kerana
tak sangka di izinkan Allah untuk kita melihat sendiri masjid tu.
Cuma SDI terfikir pula: baru nampak kelibat masjid nabi tu pun dah sebak,
apatah lagi sepanjang kami di Madinah ini akan bersolat di masjid ini...???
Subhanallahhh... Tiada perkataan / ayat yang mampu dizahirkan untuk
menggambarkan suasana hati kami ketika itu..

Bas pun berhenti di hotel kami, iaitu Silver Mubarak Hotel. Saya dan isteri
diberi bilik berasingan kerana kami ambil bilik berempat, cuma bilik kami
hanya selang satu antara satu sama lain di tingkat 7 itu...

Kemudian, sebelum dilepaskan kami kebilik masing2, UN memberi sedikit
taklimat seperti: jadual pergerakan/ziarah/waktu makan semuanya akan
dipamerkan di ruang lobby, manakala dewan makan di tingkat M. Untuk sementara
waktu ini, oleh kerana kami pun dah solat Asar tadi, maka kami hanya menunggu
untuk solat Maghrib sahaja...

Setelah bersiap2 SDI pun terus ke masjid... Tak sabar rasanya nak solat di
Masjid Nabi ni..
Masjid Nabi ni..
Secara terus terangnya, saya tidak tahu sangat tentang masjid nabi ni...
Yang saya tahu, ianya adalah masjid asal yang Rasulullah membina masjidnya.

Didalamnya ada tempat yang dinamakan "Raudhah" - Raudhah ni katanya pulak,
lain dari yang lain kerana karpetnya warna hijau - dibahagian lain masjid
karpet warna merah... Katanya lagi, Rasulullah saw pernah kata - raudhah tu
sebahagian dari syurga, dan kawasannya adalah antara bilik Rasulullah saw
dengan mimbarnya, dan katanya lagi, berdoalah di Raudhah, insya allah
doanya mustajab.

Dengan pengetahuan yang maha sedikit tu, SDI pun bergerak ke masjid..
Sampai disana, kami berpisah kerana mengikut pembahagian kawasan
perempuan dan lelaki... Cuma kami berjanji akan jumpa semula di luar masjid
selepas waktu isyak..

Saya menapak ke kawasan masjid dengan perlahan.. Cuba menghayati
keindahan masjid tersebut... Kawasan luarnya memang luas. Walaupun sudah
berada dikawasan lantai berbatu marmar itu, orang2 yg berada disekitar masih
memakai selipar mereka.. Selepas beberapa langkah lagi kehadapan, barulah
saya faham: lantai marmar itu memang kawasan masjid, tapi DILUAR.. Jadi saya
nekad untuk masuk kedalam. Sebelum itu lagi, saya diberitahu supaya menjaga
selipar kerana sering jemaah mengadu selipar mereka hilang. Saya juga
dinasihatkan : jika hendak letak selipar dimana2, pastikan
INGAT NOMBOR pintu atau rak kasut yang kita gunakan...
Insya allah selipar kita tidak akan hilang...

Saya mengambil keputusan untuk letak selipar saya didalam rak yang ada
bahagian kosong... Tetapi hairan jugak: rak kasut masih banyak ruang yang kosong,
kenapa jemaah semua tak letak dalam rak, malah letak selipar mereka bertaburan
disekitar rak kasut tersebut...??? Wallahualam...

Setelah menghafal no rak kasut dan nombor pintu masuk (seperti yang
dinasihatkan), saya pun masuk kedalam masjid...

Sebaik saja melangkah masuk, berdiri tegak bulu roma saya kerana masih
tidak percaya yang saya ini diizinkan oleh Allah untuk berada dalam
masjid nabiNya ini... Dada saya bergerak kencang, nafas saya tersekat2,
terlalu sebak untuk memilih kata2.. Tapi saya teruskan berjalan didalam
masjid nabi itu..

Sebenarnya, kalau boleh, biarlah waktu tu, ada seorang tourist guide untuk
membawa saya berjalan2 disekitar masjid nabi itu... Sebab terlalu banyak soalan
yang saya nak tanya, tapi saya cuma memikirkan yang logiknya saja...

Contoh: Kenapa ada banyak tempat untuk air minuman? Air minuman ni
semua air zamzam ke? Semua sekali ada berapa bahagian masjid nabi ni?
Kenapa tiangnya ada yg bercorak, ada yg tak bercorak? Berapa kerap diorang
bersihkan semua karpet2 ni? Kawasan Raudhah yg hijau tu, takat mana hijaunya?
Dan baaaanyak lagi persoalan dalam kepala saya... Tapi saya tak hiraukan
semua soalan tu, saya hanya terussss menuju kehadapan, saja nak tengok
apa yang ada didepan...

Setelah melalui dua bahagian, saya"ditahan" seorang Arab petugas masjid,
menyuruh saya duduk - dia tunjuk dikawasan org yang sedang siap sedia untuk
berbuka puasa.. Dalam hati, saya kata: oowhh.. Ini untuk orang yang puasa
Isnin Khamis ni... Tapi macam mana saya nak bagitau dia yang saya tak puasa,..?
Dan saya terus duduk - bersama sebotol air dan 5biji kurma... Saya lihat jam,
masih ada 30minit lagi... Rugi jika saya tak jalan2... Setelah org Arab tu pergi,
saya pun terus bangun dan teruskan perjalanan saya...

Apabila saya sampai dibahagian ketiga, saya lihat dihadapan ada kain rentang
putih membahagikan ruang ketiga tersebut dengan ruang yang dihadapannya lagi..
Soalan lagi: kenapa dibuat mcm tu? Tu bahagian apa? Apa yg special disana?
Saya telan setiap soalan dan terus mencari jalan untuk kesana..

Saya dapati, untuk kebahagian depan sana, saya kena keluar pintu disebelah
kanan dan masuk semula melalui pintu dihadapannya.. Saya pun mencelah
mencari jalan... Setelah dapat masuk, saya hairan lagi: sebab kat sini, jemaah
lebih ramai lagi dari tadi... Siap berasak2 lagi... Apa yang diorang asakkan?
Kenapa diorang berebut2 mcm nak beli tiket bola kat stadium?
Apa yang special? Lagi sekali, saya telan semua soalan dan terus ikut org
dihadapan saya... Rupanya saya berada dalam satu barisan yang panjang yang
menuju kearah pintu keluar disebelah kiri.. Oleh kerana terlalu ramai, saya
mengambil keputusan utk abort the mission. Oleh kerana Maghrib pun dah dekat,
saya rasa lebih baik saya cari tempat utk saya solat nanti... Sementara itu org
ramai masih terus berasak2... Saya kian hampir dengan pintu sebelah kiri,
tapi pergerakan perlahan kerana perlu berasak untuk bergerak..
Tiba2 saya baru perasan sesuatu...
Ketika pintu kiri dihadapan saya, ada satu binaan yang cantik disebelah
kanan saya.. Agak cantik binaannya, dan saya lihat ada beberapa rak AlQuran
berhampiran dengan binaan tersebut. Ianya dinding yang disaluti pagar
warna emas. Dinding tu sendiri berwarna hijau... Soalan lagi: binaan apakah itu?
Owhh... Oleh kerana binaannya yang cantik, mungkin ianya sesuatu yang ada
kaitan dengan nabi atau sahabat nabi... Dan sambil bersembang dengan
diri sendiri tentang binaan tersebut, saya pun sampai ke bahagian luar.
Diluar ni tiada bumbung dan cuma berlantaikan marmar...
Belum sempat saya duduk, azan maghrib berkumandang..

1830h: Disini, mungkin telah jadi tradisi, setiap waktu akan ada solat jenazah..
Oleh itu, setelah selesai solat magrib, imam akan solat jenazah dan kita
sebagai ma'mum hanya ikut saja apa pergerakan imam...

Sebaik saja selesai solat jenazah, jemaah dikiri kanan saya seolah menyerbu
masuk kedalam masjid melalui pintu kiri tadi... Saya yang tidak tahu apa2,
ikut "menyerbu"... Sesungguhnya saya tidak faham apa yang diserbukan..
Mungkin ada artis pujaan mereka di hadapan... Atau mungkin ada pembesar2
negeri yang mereka hendak bersalaman.. Atau juga mungkin para imam yang
mereka ingin bersalam untuk mengambil berkat... Saya tersekat dalam serbuan
org ramai tu... Memang tak boleh bergerak langsung, saya pulak bertubuh kecil,
lagi lah senang saya "dibuli" mereka...
Dalam kesesakan perebutan itu, saya terperasan bahawa saya sebenarnya sudah
berada dikawasan karpet hijau ! Karpet hijau? Karpet hijau ni bukan raudhah ka?
Semuanya berlaku dalamsekilat masa: saya teringat org pesan: cubalah untuk
sampai ke raudhah dan bersolat dua rakaat didalamnya, insya allah akan
mustajab doa kita.. Tanpa menunggu walau sesaat lagi, saya terus berdiri tegak
dan mengangkat takbir "ALLAH HU AKBAR!" saya tak hiraukan pekikan,
kesesakan, perebutan tempat diraudhah tersebut... Apa yg saya tahu, saya
akan cuba melengkapkan solat 2 rakaat saya didalam raudhah tersebut..

Yang susahnya adalah ketika hendak sujud.. Saya tak peduli, ketika hendak sujud,
saya kuatkan suara lagi "ALLAAAAAAAHHHH HU AKBARR !!!" dan mereka
memberi laluan kepada saya untuk sujud... Lega... Dipendekkan cerita,
saya dapat melengkapkan solat sunat dua rakaat kali pertama di raudhah...
Alhamdulillahhh... Ini semua hanya semata2 dengan keizinanNya saja...

Saya keluar semula ke pintu kiri dan menunggu untuk solat Isya.
2010h: Solat Isya' - seperti biasa, setelah solat Isya akan diikuti dengan
solat jenazah...
solat jenazah...
Seperti dijanjikan, SDI bertemu semula ditempat yang dijanjikan dan pulang semula
ke hotel. Sampai di hotel, kami menikmati makan malam yang disediakan.
Setelah makan malam, UN mengatakan bahawa dia nak bawa kami untuk
ziarah dalaman iaitu Raudhah, Makam Nabi dan Perkuburan Baqi'.
Sebenarnya, Program Ziarah Dalaman itu, telah dirancangkan keesokan
pagi (8April). Tetapi oleh kerana Ziarah Dalaman lebih kepada Jemaah Lelaki,
maka UN membawa kehadapan program tersebut ke malam ini juga. Jadi, setelah
makan malam, kami pun berkumpul di lobi. Tidak ramai, cuma 10 org saja
jemaah lelaki yang berminat untuk Ziarah Dalaman malam tu...

2230h: Bersama2 UN ini lah baru saya dapat tahu serba sikit maklumat berkenaan
dengan tempat2 di dalam program Ziarah Dalaman. Secara ringkasnya:

1. Perkuburan Baqi' - adalah sebuah kawasan perkuburan yang agak luas yang
menempatkan para sahabat Nabi (Saidina Usman, Saidina Ali dan seterusnya)
dan juga para syuhada ketika peperangan. Disamping itu, adalah dijanjikan bahawa
sesiapa sahaja yang meninggal di Madinah, akan di tanam didalam kawasan
perkuburan Baqi' juga. Kenapa perkuburan Baqi' menjadi rebutan? Kerana,
dikatakan bahawa, selepas sangkakala kedua ditiupkan untuk membangunkan
umat manusia, mereka yang ditanam di perkuburan Baqi' akan dibangunkan
terlebih dahulu, setelah Rasulullah saw dibangunkan (Rasulullah saw adalah
manusia pertama yang akan dibangunkan nanti) - wallahualam..

2. Raudhah dan Makan Rasulullah saw - seperti yang saya telah sebutkan
diatas tadi. Cuma penambahan maklumat:
diatas tadi. Cuma penambahan maklumat:
l Biasanya ada polis yang menjaga kedua kawasan ini
l Biasanya pengunjung akan masuk dari pintu kanan (dan masuk kedalam
gerbang emas yang pertama disebelah kiri) untuk ke raudhah terlebih dahulu

l Setelah tiba di raudhah, segeralah/ambil lah kesempatan untuk bersolat
2 rakaat (sekurang2nya) dan mintalah apa2 hajat kepada Allah swt secepat
yang mungkin (kerana kesesakan yang biasa disitu)

l Setelah selesai di Raudhah, keluarlah semula kekawasan hadapan
(melalui gerbang emas yang kedua) untuk melalui makam Rasulullah saw

l Makam Rasulullah saw adalah betul2 dibawah kubah hijau Masjid Nabawi
l Tapak makam Rasulullah saw sekarang adalah bekas tapak rumah
Rasulullah saw yang asal
Rasulullah saw yang asal
l Bersama2 dalam makan yang sama adalah makam Saidina Abu Bakar ra
dan juga Saidina Umar ra
dan juga Saidina Umar ra
l Secara luarannya, kelihatan makam mereka bertiga bersebelahan antara
satu sama lain, tetapi yang sebenarnya, makam saidina abu bakar ra adalah
terkebelakang sikit dari makam Rasulullah saw dan makam Saidina Umar ra
pula adalah terkebelakang sikit dari makam Saidina Abu Bakar ra

l Setelah selesai semua, keluarlah melalui pintu disebelah kiri masjid
(perhatian: ketika masuk tadi, rancanglah dimana hendak diletakkan kasut kita
supaya segalanya menjadi mudah) - wallahualam

2345h: Setelah betul2 puas, kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel.
Barulah terasa amat teramat letih untuk hari pertama di Madinah...

2359h: So much for the second day - lights off, selamat malam..
**Ketika ziarah dalaman tadi, saya sempat lagi untuk solat sunat kali kedua
di dalam raudhah... Alhamdulillahh... Dan baaaaarulah saya tahu bhw binaan
yang saya lihat awal tadi ialah makam Rasulullah saw dan sahabat baginda
rupanya***

08 APRIL 2014 (Selasa - Day 3)
0320h: Dengan tidak semena2 saya terjaga time ni - apa lagi - terus call isteri saya
dan terus bersiap2 untuk kemasjid untuk solat subuh. Sebaik sahaja SDI keluar
dari hotel, kami dengar azan dari masjid - agak hairan kerana waktu subuh
betul2 sejam dari sekarang... Rupa2nya memang bilal akan melaungkan azan
subuh sejam sebelum masuk waktu...

Mungkin anda rasa - kami berdua terlalu awal ke masjid... Di Malaysia ya mungkin.
Tapi disini, setiap waktu, sentiasa sahaja ada lautan manusia yang membanjiri
masjid Nabi ini. Oleh kerana masih awal, saya ambil kesempatan untuk
solat tahajud dan solat2 sunat yang lain di masjid... Rak kasut di pintu 22 sudah
menjadi pilihan tetap saya ... Selain solat2 sunat, saya juga mempelbagaikan
ibadah dengan membaca Quran dan sebagainya...

0450h: Masuknya waktu solat subuh di Madinah. Sementara menunggu bilal
iqamah, rasanya "sempat" 4-5 kali solat sunat subuh kita sempat buat...

0510: Akhirnya kami solat subuh secara berjemaah - cuma tanpa doa qunut seperti
yang lazim kita lakukan di Malaysia
yang lazim kita lakukan di Malaysia
**dan juga, setiap kali selesai solat, imam tidak akan berzikir atau berwirid
macam yang biasa di masjid2 di Malaysia - cuma iqamah untuk solat jenazah
saja yg kedengaran***

Setelah selesai solat subuh, SDI berjalan pulang ke hotel untuk bersarapan.
Kalau ikut program, kami akan adakan ziarah dalaman pada pagi itu.
Tapi, oleh kerana kami dah buat malam tadi, maka ziarah dalaman pagi tu hanya
khas kepada kaum wanita sahaja dengan diketuai seorang Ustazah. Isteri saya
turut serta dalam program tersebut.

Saya pula, mungkin letih semalam belum habis, terus sambung tidur...
Sehinggalah isteri saya kejutkan saya pada jam 1000h.

Sementara menunggu untuk waktu zohor, SDI keluar membeli belah serba sikit
barang cenderahati serta tambahan keperluan untuk ke Mekah hari Jumaat nanti..
Setelah selesai, kami terus membuat persediaan untuk solat zohor.

1230h: Selesai solat zohor, SDI pun pulang ke hotel untuk makan tengah hari
Setelah selesai makan tengah hari, SDI setuju untuk pergi awal ke masjid.
Dan oleh kerana kami awal tiba di masjid, maka saya pun membawa isteri saya
membuat "ziarah dalaman" version saya.
Laluan untuk wanita pagi tadi hanya dibahagian dalam masjid, kali ni saya bawa
isteri saya melalui jalan luar masjid (seperti jalan yang dibawa oleh UN malam tadi)
- setelah selesai, kami berpisah untuk kebahagian solat masing2... Seperti biasa
saya ke bahagian rak kasut pintu 22... pintu kegemaran saya...

Sambil menunggu masuk waktu asar, saya membaca Quran - lebih kurang 10minit
sebelum masuk waktu, saya didatangi seorang pemuda... Rupanya agak bersih,
begitu juga dengan pakaiannya yang berjubah putih bersih. Beliau agak rendah
sikit dari saya dan umurnya lebih kurang 30tahun..
Setelah memberi salam, kami pun mula bersembang, bertanyakan latar belakang
masing2... Secara ringkasnya, menurutnya, dia berasal dari Indonesia dan telah
berada di Madinah hampir 20tahun. Asalnya mengikut ayahnya yang bekerja
di situ dan akhirnya menyambung pengajian di Madinah. Saya bertanya,
masih belajar lagi atau tidak, tapi beliau kata beliau sudah tamat pengajian dan
sekarang menjadi Penjaga Makam Rasulullah SAW !!! Saya terus lagi bertanya
kepada beliau soalan2 lain, pada masa yang sama agak hairan, penuh dengan
persoalan didalam hati... Tapi saya berserah sepenuhnya kepada Allah dan
mempercayai beliau. Antara maklumat yang saya perolehi:

1. Sebagai Penjaga Makam, tugas beliau adalah memastikan makam baginda
sentiasa bersih dan dalam keadaan baik.
sentiasa bersih dan dalam keadaan baik.
2. Juga "menyediakan" tempat untuk imam besar masjid nabi bertahajud
tiap malam didalam kawasan makam
tiap malam didalam kawasan makam
3. Disamping itu, memastikan makam tersebut sentiasa bersedia untuk diziarahi
oleh VVIP dari negara2 luar (pembesar2 negara)..

Selain dari itu, beliau juga boleh menghampiri (approach) Imam Besar Masjid Nabi
untuk mendoakan sesuatu hajat dari orang persendirian ketika bertahajud di
makam nabi nanti... Lalu beliau meminta saya menulis nama anak2 saya untuk
didoakan keselamatan dan kejayaan mereka didalam peperiksaan dan sebagainya.

Serta merta saya menjadi sebak kerana teringatkan anak2 dirumah, terutama Dyna
yang sentiasa dalam doa saya... dengan suara yang tersekat2
(disebabkan sebak) saya meminta agar didoakan agar Dyna disembuhkan
dari sakitnya itu... Beliau pun, bersama dengan buku notanya, pun berkata
"insya allah akan diminta kepada Imam Besar Masjid Nabi agar didoakan
anak2 itu" ............................ tetapi...

Sebelum beliau pergi (kerana ketika itu azan Asar sedang berkumandang),
beliau meminta dari saya sedikit wang untuk dihadiahkan kepada Imam sebagai
tanda terima kasih...(???????) Nasib baik pada ketika itu, saya memang tidak
membawa wang yang banyak (SR 2-3 sahaja)... Maka saya memberi beliau
kesemua yang ada dengan niat untuk dihadiahkan kepada Imam...

Setelah beliau pergi, seribu satu persoalan (mungkin lebih) didalam hati saya..
Ya betul, sama seperti persoalan didalan hati tuan2 pembaca sekarang... Tapi,
walau apa pun dia, saya hanya berserah segala2nya kepada Allah semata2...
biarlah hanya Dia sebagai saksi... wallahualam ...

Selepas solat asar, maghrib dan isya tiada apa2 yang menarik untuk dicatatkan...
09 APRIL 2014 (Rabu - Day 4)
0030h: Entah kenapa, terkejut ditengah malam, susah pulak nak tidur...
Saya pun ambil keputusan untuk ke masjid... Sekurang2nya dapat la jugak
nak solat tahajud...
nak solat tahajud...
Sesampai di masjid, saya tidak berhenti dibahagian belakang saja.. Entah kenapa,
saya terus berjalan hingga ke hadapan.. Orang masih tidak seramai ketika
waktu solat, namun masih ada yang dimasjid pada masa tu... Saya terus lagi
kehadapan... Saya dapati kain putih yang membahagi ruang utama/asal
masjid nabi tidak ditutup sepenuhnya. Ada bahagian yang dibuka. Ini bermakna,
kalau kita hendak kehadapan terus (menghampiri raudhah), kita tidak perlu
keluar masjid dan masuk semula melalui pintu 1...

Melihat kesempatan yang ada, saya pun terus lagi kehadapan. Rupa2nya, pekerja2
masjid sedang sibuk membersihkan kawasan utama/asal masjid. Setiap lampu,
setiap tiang, malah karpet raudhah yang hijau itu pun sedang dicuci/dibersihkan...
Paaatutlah tidak ramai dikawasan tersebut, rupanya ianya sedang dibersihkan...
Saya terpaku seketika melihat ketekunan dan kesungguhan mereka membersihkan
kawasan dalam masjid... Saya dengar lagi, kebanyakan dari mereka bekerja hanya
kerana Allah semata2, malah gaji mereka pun sekitar SR200-300 sahaja...
Saya kagum..

Sedang dalam kekaguman tersebut, ada bahagian raudhah yang kosong...
Betul2 dibawah mimbar. Saya melihat kiri dan kanan, dan agak hairan, kenapa
tiada orang yang berebut duduk diraudhah... Hmmh... Saya pun dengan
selambanya pergi ke bahagian tersebut dan dengan tenangnya (tanpa ditolak
dan diasak) menunaikan solat sunat... Alhamdulilahh.. Sempat solat sunat
dua rakaat...
Hmmh.. masih tiada yang berminat untuk berebut di raudhah... Maka saya pun
bangun dan solat lagi dua rakaat... Hanya saya dan Allah saja ketika itu,
hanya kami berdua saja berbicara ketika saya sujud itu, saya luahkan segala
apa yang terpendam didalam lubuk hati saya selama ini...
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar... dan saya luahkannya ketika di raudhah...
Hanya airmata yang menitis diatas raudhah menjadi saksi bahawa saya
pernah kesana... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

Setelah solat sunat kali kedua itu, barulah saya perasan, makin ramai orang
di raudhah... Dan pekerja2 masjid pun sudah lama selesai kerja mereka...
Ketika sedang kyushuk berdoa, bahu saya dicuit, ada seorang Arab memberi
isyarat kepada saya supaya bagi pula peluang kepada orang lain untuk beribadah
di raudhah... Saya pun menyegerakan doa saya dan bangun meninggalkan raudah..

Seterusnya ialah Makam Rasulullah saw.
Dengan tenang (tanpa perlu berasak) saya terus menghadap Makam
Rasulullah saw. Sambil memberi salam, dan menyampaikan salam dari kaum
keluarga dan sahabat handai, saya hanya sempat berdoa agar Rasulullah saw
"mengiktiraf" kehadiran saya ketika itu dan dengan harapan agar diberi
syafaat kepada saya dan keluarga di akhirat kelak...
0330h: Saya berniat hendak duduk saja di ruang dihadapan Makam
Rasulullah saw tersebut.. Tapi teringat pula kepada isteri saya.. Beliau seterusnya
kata nak datang ke masjid untuk tahajud juga... Saya risau kerana pada ketika itu
jalan menghala kemasjid agak sunyi dan gelap... Saya pun terus menghala semula
ke hotel. Apabila hampir dengan hotel, saya dapati isteri saya telahpun sampai
ke masjid (melalui telefon)... Saya pun berpatah balik ke masjid. Tapi ketika ini,
azan pertama telah dilaungkan, dan orang semakin ramai menuju ke masjid...
Sampai sahaja dimasjid, saya terus kehadapan dan mendapati kawasan yang
tenang tadi telah kembali sesak. Pada saya, saya telah berpuashati dapat
luangkan masa di raudhah dan Makam Rasulullah saw tadi, jadi saya terus
mencari kawasan yang kurang sesak untuk menunggu solat subuh.

Sambil menunggu, ketika membaca Al-Quran, saya terpandang pemuda tadi...
Dia sedang bersembang dengan seorang jemaah (saya rasa dari Malaysia juga)...
Saya boleh agak apa yang disembangkan... Setelah hampir azan, saya lihat dia
bangun dan meninggalkan jemaah tadi, dan sambil memasukkan wang kedalam
poket jubahnya.. Saya berazam untuk mengikut beliau. Tapi beliau berjalan dengan
agak pantas dan tahu selok belok masjid. Dalam beberapa langkah sahaja saya
sudah kehilangannya. Saya berazam untuk mengikut lagi jika diberi peluang
sekali lagi !!!

0450h: Solat subuh. Setelah solat subuh, SDI pulang ke hotel untuk
bersarapan pagi. Setelah siap, kami bersiap sedia utk program Ziarah Luar.

0730h: Untuk ziarah luar kali ini, kami bergerak dengan bas yang sedia menunggu.
Pertama sekali bas kami melalui disebelah Tanah Perkuburan Baqi'...

Setelah itu, bas mkami berhenti di Masjid Quba' iaitu masjid yang pertama
di bina oleh Rasulullah saw sebelum Masjid Nabawi...

Setelah berhenti untuk solat sunat, kami meneruskan perjalanan. Kali ni kami
dibawa untuk melihat Masjid Qibla'tain (tanpa berhenti). Seterusnya bas
berhenti sekejap, untuk kami mengambil gambar Jabal Uhud. Di Jabal Uhud,
selain menghayati kisah yang berlaku di tapakkami berdiri itu, kami sempat
meluangkan masa membeli sedikit buah kurma untuk dibawa pulang.

Kemudian kami dibawa pula untuk melawat ladang kurma dan terakhir sekali
sebelum pulang, kami singah sebentar saja (sekadar mengambil gambar)
di Masjid Khandaq.

1100h: Kami tiba semula di hotel dan tiada acara lain pada hari itu. Selain bersiap
untuk solat Zohor, kami mengemas pakaian ke dalam beg kerana besok adalah
hari terakhir kami di Madinah...

Selain bersolat di Masjid, tiada perkara menarik untuk dicatatkan...
10 APRIL 2014 (Khamis - Day 5)
Hari ini tiada acara khusus untuk kami para jemaah. Cuma selepas solat subuh
dan bersarapan pagi, akan ada Ceramah Agama untuk kami sebagai persiapan
untuk kami melakukan Umrah buat pertama kali.

0900h: Ceramah Agama oleh Ustaz Alam
Antara isi cermah yang sempat dicatatkan:
1. Sesiapa yang pernah datang ke bumi Madinah, maka insya allah, apabila
dibangkitkan kelak, rohnya akan dibangkitkan dari bumi Madinah bersama2
dengan ahli Perkuburan Baqi' dan juga bersama Rasulullah saw dan para
sahabat baginda.

2. Doa yang dianjurkan:
"Allahumar zuqni, shahadatan, fi sabilih, wa ja'al mauti, fi baladi habibi"
(Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mati syahid, dan jadikanlah
matiku mati dinegeri Rasulullah saw)
matiku mati dinegeri Rasulullah saw)
3. Tempat untuk berniat umrah nanti adalah di Bir Ali. Bir Ali bermaksud
Perigi Ali Yang Kaya yang datang dari Sudan.

Kemudian Ustaz Alam meneruskan dengan tatacara Umrah, perlaksanaannya
serta pantang larang ketika dalam ihram.

Selain dari itu, kami hendaklah melakukan salam wida' kepada Rasulullah saw
sebelum meninggalkan Madinah. Dengan doanya:

"Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah jadikan hari ini hari terakhirku menziarah dan
beribadah di masjid nabi Mu, akan tetapi, panjangkanlah umurku, murahkanlah
rezekiku, sihatkanlah badanku sehingga aku dapat kembali lagi menziarahi
nabiMu sebelum akhir hayatku"

Selain dari itu, doakanlah juga agar keluarga serta sahabat handai kita yang lain
juga dapat menziarahi Rasulullah saw di Madinah.

11 APRIL 2014 (Jumaat - Day 6)
0440h: Jemaah lebih ramai dari biasa. Baru teringat - hari ni hari Jumaat,
patutlah ramai untuk bersolat subuh.
patutlah ramai untuk bersolat subuh.
Seperti biasa, setelah solat subuh, kami bersarapan dan membuat persiapan
terakhir untuk melakukan umrah...
terakhir untuk melakukan umrah...
1220h: Solat Jumaat. Setelah selesai, terus mengqasarkan solat Asar
(dengan niat jama').
(dengan niat jama').
**khutbah dilakukan dalam bahasa Arab selama 15 minit sahaja.
Solat Jumaat bermula jam 1245h.***
Solat Jumaat bermula jam 1245h.***
**Isteriku turut teruja kerana berpeluang untuk mengerjakan solat Jumaat
di Masjid Nabawi***
di Masjid Nabawi***
1315h: Makan tengah hari - tapi kurang berselera kerana terlalu berdebar2.
Tak tahu apa yang sebenarnya dalam hati ketika itu. Terlalu banyak perasaan ...
Sedih kerana hendak meninggalkan Madinah, gembira kerana akan menjadi
tetamu Allah, takut jika ada persiapan yang kurang, suspen kerana tak tahu
apa yang akan berlaku nanti, juga risau kerana takut2 jika terlanggar
pantang larang ihram nanti... Dan lain2 perasaan yang terlalu sukar
untuk digambarkan...

1400h: Kami semua siap berpakaian Ihram... Oleh kerana pertama kali,
saya asyik membandingkan pakaian orang lain dengan pakaian saya....
Takut2 tersalah pakai atau terkurang dimana2 yang patut..

Setelah menyediakan beg, dan seterusnya check-out bilik masing2, kami pun
menunggu bas... UN kata bas akan lewat sikit kerana ramai yang akan
bergerak ke Mekah pada masa yang hampir sama..

1450h: Setelah menunggu dengan sabar, akhirnya kami bertolak ke Mekah...
Rupa2nya lebih sedih meninggalkan Rasulullah saw dari mana2 sedih yang
pernah kita lalui...
pernah kita lalui...
1525h: Bas kami berhenti di Bir Ali. Kami solat sunat dua rakaat dan menaiki
semula bas. Setelah semua jemaah bersedia di dalam bas, maka UN pun
memimpin kami untuk berniat ihram, maka bermulalah perjalan Umrah kami...
Kami di jangka tiba di Mekah pada tgh malam nanti...

No comments:
Post a Comment