27 April 2009

My dearest kids ...

Its been a very tiring week for me …

With day and night continuous flying, its sure a hectic week for any of us.

My dearest kids,
Currently I am doing the course to be an aircraft commander. Which means I can command the aircraft and fly the aircraft “alone”. But, my dearest kids, its not that easy as it sounds. I think I am too old for this. No, I am not saying that I ll quit, not even surrender, BUT I am just too old for this.

Just for your information,
I am doing all this just because of my father, Alwi b. Hj Omar. He left us all on 1st April 2006. I missed him a lot, and still miss him whenever I mention his name. Again, as I said, I am doing all this (the aircraft captain course) just because of my father. No other reason. Not even for myself. Of course, the pay after that… I will get an increment of about RM1000. But that increment is also not for me. Its for you all my dearest kids. I love you all with all my heart. That’s why I am struggling to give you the best you deserved. Then, you will ask,” If its for your father, and the money for us, what is that for you?” – The answer is simple my child. Nothing. Nothing for myself. I don’t want anything. For this particular moment, all I want is to be with my father. That’s all. I don’t deserve any of this. If one day, they promote me to a higher rank, that is also for my father. I rather work alone in the field, for myself alone. Its enough for me. But for you, my love, I cant do that right now. Right now, what I have to do is to complete the course, get to be an aircraft captain, get a fair pay for that….and give you what you deserve to get. I ll miss you all, my love and I will always love you with all my heart. Take care, for I cant be there at all times whenever you need me. Not like now. When you sleep, you want me to be by your side. When you quarrel among your siblings, you come to me, when you want somebody to wash you, you called me, when I came home everyday, you were eager to tell me what happened to you in school, you even wait for me to do the homeworks given. I ll miss all that, I am sure I will. But for now, let me work hard for you … for your future …

Till then, take care my child – just promise me this kind of life will not repeat again for you all. Take care, salammm.

Your Walid,
Sam

15 April 2009

My Story... so far

Dengan Nama-Nya Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Biarlah saya mulakan dengan perkahwinan saya. Sebenarnya ianya adalah perkahwinan “pre-arrange”. Isteri saya adalah rakan sekuliah dengan adik saya di UPM Serdang. Dipendekkan cerita, kami melangsungkan perkahwinan pada 23 Disember 2001. Pada masa itu saya masih lagi seorang Leftenan TUDM dan sedang berkhidmat di TUDM Butterworth.

2. Kami selamat dinikahkan di Masjid Pokok Sena, Kedah selepas zohor. Mungkin kerana berkat akad nikah di masjid itu, isteri saya disahkan mengandung 2 bulan selepas kami diijab kabulkan.

3. Anak saya yang pertama, dilahirkan pada 22 September 2002. Antara cerita menarik : anak saya itu dijangka dilahirkan pada 10 September 2002. Tetapi isteri saya masih belum menampakkan tanda2 untuk bersalin. Sehinggalah pada 15 September, saya dinaikkan pangkat ke Kapt TUDM. Selepasa itu, barulah isteri saya menunjukkan tanda2 akhir untuk bersalin. Dan pada 22 September 2002, isteri saya selamat melahirkan anak kami yang pertama, anak perempuan. Ramai yang berkata anak itu mahu dilahirkan sebagai anak Kapt bukan Leftenan. Etahlah. Anak saya selamat dilahirkan di Hospital Seberang Jaya, Butterworth seberat 3.51 kg. Cabaran anak pertama memang hebat. Mana tidaknya, anak pertama lah katakan ... Tidur malam serba tak lena dan tak kena ! Semasa membesar, saya dapati dia cepat ”belajar” dengan persekitarannya. Pada usia 9 bulan, dia sudah memulakan langkah pertamanya. Sebelum 2 tahun, dia sudah mula petah bercakap. Syukur kepada Ilahi kerana memberi kami seorang anak yang ”cekap” pada usia yang agak muda.

4. Hampir 2 tahun kemudian, ada masalah timbul dengan saudara2 kami. Untuk meredakan keadaan, saya dan isteri saya nekad untuk berpindah ke TUDM Labuan. Jauh dari sanak saudara, agar mereka bahagia. Tidak ramai dari mereka yang mengetahui sebab sebenar kami ke Labuan. Tapi, biarlah. Biarlah hanya kami dan Tuhan saja yang tahu sebab sebenar niat kami itu. Tetapi, rezeki Allah tidak putus disitu sahaja. Sebelum ke Labuan, isteri saya disahkan mengandung anak kedua dan kali ini anak lelaki.

5. Kami tiba di Pulau Labuan pada 3 Mac 2004. Pada ketika itu isteri saya sudah mengandung 6 bulan. Suasana di Labuan amat berbeza dengan Semenanjung. Nasib kami amat baik, kerana sepupu saya menetap di Labuan. Beliau sudah menetap di Labuan hampir 15 tahun. Dia banyak menolong kami untuk ”settle down” di Labuan. Agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di Labuan. Walaupun masanya adalah sama, tetapi pada hakikatnya bolehlah dikatakan kawasan Sabah adalah sejam lebih awal dari masa biasa. Contohnya; di Semenanjung, waktu subuh adalah 6.00 pagi (hanya sebagai contoh) – tetapi di Labuan waktu subuh adalah 5.00 pagi! Cuba bayangkan – 6.30pagi di Labuan, suasana dah terang benderang jika dibandingkan dengan 6.30pagi di Semenanjung !

6. Semasa kami berangkat ke Labuan, kami tidak membawa bersama kami peralatan rumah seperti dapur masak, TV, peti ais, Astro, mesin basuh serta sofa. Sebab kami sedia maklum, di Labuan nanti kami akan tinggal di rumah kuarters yang sudah serba ”lengkap”. Semua peralatan yang saya sebutkan tadi, semuanya saya tinggalkan di rumah saya (di Sg Petani, Kedah). Dipendekkan cerita, saya terpaksa meminta belas ”ehsan” sepupu saya untuk membelikan kami beberapa peralatan asas yang diperlukan itu.

7. Maka hiduplah kami sebagai “orang Labuan untuk 3 tahun berikutnya… Pendapat saya tentang Labuan? Hmm.. agak susah untuk menyebutnya dalam bentuk objektif. Lain orang, lain pandangannya. Tetapi pada pandangan saya, selagi “mentality” orang Labuan tidak diubah, selagi itulah Labuan akan tetap jadi Labuan. Sukalah saya untuk berkongsi beberapa perkara yang dimaksudkan:-

i. Labuan Botanical Garden – amat indah. Dengan suasana kehijauan ditengah2 Labuan, amat sesuai untuk keluarga berhujung minggu. Disamping trek yang popular untuk berjogging, ada juga “water park” untuk kanak2 bermain air. Kami sempat menggunakan kemudahan water park tersebut. Anak2 saya cukup gembira dapat bermain air kolam. TAPI – hanya sekali saja. Selepas pada itu, saya dapati, water park tersebut telah ditutup dan tiada lagi air di situ. Masalah senggaraan menjadi modal pihak pentadbiran. Saya terfikir pula, belanjawan selama ini, yang disalurkan oleh kerajaan, kemana perginya? Labuan adalah Wilayah Persekutuan. MEndapat peruntukan BUKAN dari kerajaan negeri, tetapi terus dari kerajaan pusat. Hanya tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia ini. Kemana perginya ”perbelanjaan untuk senggaraan” di Pulau Labuan ini???

ii. Perkhidmatan feri disediakan untuk membawa penumpang dan kenderaan dari Labuan ke tanah besar (Menumbuk). TAPI – perkhidmatannya adalah ”keempat” (lebih buruk dari kelas ketiga). Yang menghairankan ialah, penduduk Labuan seperti ”suka” dengan perkhidmatan feri yang ”hebat” itu. Rasanya di Malaysia ini, bukan Labuan sahaja yang menyediakan perkhidmatan feri membawa kenderaan. Feri Pulau Pinang contohnya, sudah lama meneyediakan perkhidmatan yang sama – kenapa feri di Pulau Pinang lebih efisien dari feri Labuan (walaupun bukan tahap kelas pertama, tapi masih boleh dibanggakan)? Untuk mengetahui lebih tepat, saya amat mencadangkan supaya saudara terus ke Labuan dan cubalah bawa kenderaan ke tanah besar. Selepas itu, berkongsilah bersama saya perasaannya. Jika saya salah, maafkan lah saya.

iii. Di Labuan, saya berpindah dari Membedai ke Bedaun. Bedaun adalah kuarters baru TUDM untuk anggotanya. Alhamdulillah – oleh kerana ianya baru maka kamilah menjadi orang pertama yang menggunakan kemudahan di Bedaun. Setelah beberapa bulan saya tinggal di Bedaun, saya ingin memasang streamyx di rumah – untuk itu saya perlu memohon talian telefon terlebih dahulu. Tetapi, apabila kami ke pejabat Telekom Labuan, jawapan yang diterima sungguh tak masuk akal: “Maaf encik, Bedaun bukan kawasan liputan kami (Telekom Labuan). Kami tidak ada perancangangan langsung untuk masukkan telefon talian tetap ke kawasan Bedaun”. Saya tidak faham. Labuan adalah sebuah pulau yang kecil. Ianya bertaraf Wilayah Persekutuan. Logik akal mana yang boleh terima alasan seperti di atas? Kalau tak ada line telefon, ADAKAN line telefon ! itu saja penyelesaiannya. Pulau yang sebegitu kecil pun tak mampu diuruskan?

8. Itulah serba ringkas danserba sedikit pengalaman saya di Labuan. Ada lagi beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama, tetapi rasanya cukuplah itu saja sebagai permulaan.