25 August 2009

Pengalaman pelik

Salam Ramadhan untuk semua

A few days ago, I managed to visit my long lost friend. We re friends since Primary School !Anyway, dalam lawatan itu, saya mendapat pengalaman pelik yang ingin dikongsi bersama.

Saya dapati kawan saya ni seorang yang agak sibuk dengan bisnesnya. Keluar rumah seawal selesai solat subuh dan pulang ketika hampir Isya’.

Dengan nada bergurau, saya katakan padanya – JADI TAK SEMPAT LE NAK KE SURAU UTK SOLAT TARAWIH…

Dengan nada sinis dia jawab – SOLAT TARAWIH TAK SEMESTINYA DI SURAU, KAT RUMAH PUN BOLEH … saya terdiam sebentar …

Dia mengaku, jarang sangat berkesempatan ke surau utk solat tarawih. Tapi walaupun tak ke surau, dia tetap lakukan solat tarawih dirumahnya!

Tak semestinya solat tarawih tu berjemaah ramai. Ahli keluarga pun mencukupi. Pernah satu ketika, hanya dia dan orang gajinya saja yang solat tarawih di rumah (kerana isterinya uzur) ! Saya kagum ... tetapi pada masa yang sama, rasa pelik, hairan, cemburu dan berbagai rasa lagi datang mencucuh. Agak panas jugak hari tu – terbakar jugak dada dibuatnya ...

Tidak mengaku kalah, saya isytiharkan pada isteri dan anak-anak saya – MALAM NI KITA TARAWIH KAT RUMAH – terus saya diketawakan anak anak saya....isteri saya turut tersenyum senyum dengan pengisytiharan itu...

Dengan dada yang masih terbakar, saya menunggu masuknya waktu Isya’. Setelah selesai solat Isya’, ahli keluarga saya sibuk dgn kerja masing masing. Maklum la, rumah sendiri, budak budak sudah tentu dengan TV nya. Isteri saya dengan anak kecil menyusu. Org gaji sibuk ngemas rumah ... (atau buat buat sibuk???)

Saya cekalkan hati, teruskan dengan solat tarawih, di rumah...

Hasilnya amat memeranjatkan; kerana saya dapat buat kesimpulan bahawa; selama ni, sebab sebenar saya pergi ke surau – untuk solat tarawih – adalah sebab saya MALAS ! Malas nak bilang rakaat, malas nak fikir – apakah zikir antara solat tarawih, malas nak hafal surah surah dalam juzuk 30 dan serba serbinya lagi...

Rupanya Ramadhan kali ini, sungguh bererti bagi saya.... banyak yang dipelajari dari pengalaman pelik dirumah sahabat...

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua

04 August 2009

Self Wishes ...

Salamm to all -

Its nothing much this time, just to wish myself : Happy Birthday!

Its first time that I have a blog of myself and its first time for me publishing it to the whole world that today is my birthday ...

To all who wish me earlier this day, thank you very much ...