Pada mulanya, ia adalah satu perkhabaran gembira untuk saya. Apabila isteri saya membuat ujian air kencing, dan didapati ada dua garisan, menandakan "YA! ANDA BERJAYA!", maka bertambahlah kegembiraan kami...
Mulalah merancang - rancang apa yang akan berlaku sembilan bulan berikutnya... nama kepada yang bakal lahir, dimana hendak dilahirkan, bagaimana pula dengan pengumuman kepada ahli keluarga yang lain.... wahh... gembira tidak terkata. Seolah-olah hendak menyambut kelahiran pertama lagaknya !
Tapi, kita hanya manusia, yang hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang akan memberi kata putusnya... MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG, MAKA PERANCANGAN ALLAH ITU ADALAH LEBIH BAIK...
Kira kira sebulan selepas itu, isteri saya maklumkan kepada saya bahawa macam ada darah keluar... semakin hari semakin banyak...
Kami pun mengambil keputusan untuk berjumpa doktor... setelah di "scan", maka terbuktilah bahawa hanya tinggal sarung sahaja didalam rahim... tiada lagi baby atau janin didalamnya...
Doctor pun menasihatkan isteri saya untuk segera membuat pembersihan rahim (DnC) kerana khuatir akan lebih banyak darah yang keluar... Cuma masalahnya, kalau buat DnC, isteri saya kena cuti sakit selama seminggu, dan kebetulan, dia ada banyak kerja yang tertangguh yag perlu diselesaikan... Jadi kami bercadang untuk meneruskan DnC pada minggu berikutnya...
Sekali lagi, kita hanya merancang, Allah jua yang Maha Menentukan. Selang dua hari selepas itu, darah turun dengan banyak sekali! Isteri saya tidak tertahan sakit lagi, dan minta saya mengambilnya di pejabat. Dari pejabat, kami terus ke hospital dan isteri saya dimasukkan ke wad kecemasan... Selepas Isya' dia dimasukkan ke wad dan menunggu doctor utk langkah seterusnya. Lebih kurang jam 10pm, doctor datang, dan setelah membuat scanning, DnC akan dilakukan keesokan hari.
Oleh kerana terlibat dengan tugas, saya hanya pergi ke hospital pada tengah hari. Apabila saya sampai, DnC telah selamat dilakukan dan doctor telah meletakkan lebihan uri yang ada didalam botol kecil...
Ketika dirumah, saya mengajak kedua anak lelaki saya untuk menanam uri tersebut. Inilah pertama kali saya menanam uri anak saya, tanpa dia disisi... Sesungguhnya saya tidak dapat menahan sebak... Namun kami redha dengan ketentuannya. Hanya Al-Fatihah yang mengiringi pemergiannya... Kepada "anak"ku, semoga Allah menjodohkan kita di suatu hari nanti dan dengan keizinanNya moga dapatlah kita "bertemu" semula.... Amiinnn...
Subhanallah!! I have never heard or read threatened abortion experiences told from a father's perspective: I'm deeply touched by the raw emotion you describe, and humbled by your strength... Whoever says that men are not sensitive and can't express their feelings obviously have not met you or read your blog...
ReplyDelete