Tuesday, March 09, 2010
First time terlibat dgn proses mohon Pembantu Rumah
Finally, my colleague gave me the forms to request for a maid. Selepas tanda tangan beberapa borang, aku pun diberi "taklimat" apa yang perlu dibuat seterusnya.
Antaranya: " Engko pegi ke Kompleks PKNS Shah Alam, kat situ ada bahagian pekerja asing. Boleh hantar borang2 ni kat situ. Tapi sebelum tu, kena lekat gambar engko dgn wife engko kat borang ni, pastu kena buat stem hasil (5 keping). Pastu kena pegi pesuruhjaya sumpah. pastu kena fotostat bil terkini yang ada alamat rumah terkini... Tapi pegi petang la, sbb petang diorang tak sibuk, tak ramai orang ..."
Lepas Buletin 1.30 TV3, aku solat zohor, then siap2 utk balik...
First aku terus balik ke rumah, kelamkabut cari gambar saiz pasport aku tu ... nasib baik jumpa - gam pun aku curi anak aku punya (nasib baik gamba bini aku dah ada dalam wallet) - dah settle, aku start keta, terus nak ke Komplek tu - dah sampai simpang besar tu, teringat pulak bil terkini yg ada alamat rumah tu tak ambik lagi ... dah kena patah balik pulakk ... sampai rumah utk kali kedua, abis aku selongkar almari buku kat living hall tu, nak cari bil ... yg ada bil lama - oleh kerana lambat sangat, aku ambik semua bil yang aku nampak depan mata (tak kira le bil api ke, account statement ke, bil astro ke semua aku belasah - dah tak kira bil baru ke, lama ke ..) Terus ke Komplek.
Sampai kat komplek dah dekat 3.30pm. lepas parking keta, dgn "cool"nya - aku ambik masa sendiri pegi cari tempat imigresen tu (yg aku tau kat Tingkat 2). Sampai tingkat 2, aku jalan sambil mata aku liar cari signboard "Pesuruhjaya Sumpah" - rupanya bercambah signboard tu - aku pun terus masuk - diorang pun dah tau sebenarnya (aku bukan orang pertama yg nak mohon maid ni). Tak pasal pasal kena charge RM4 utk cop dan tanda tangan mamat sumpah tu... tak pa la - kira halal la tu
aku terus lagi berjalan cari tempat duti stem, tiba2 je dah sampai ke hujung, tempat imigresen tu ... dah pulakkk ... teringat bil tak fotostat lagi, terus ke ground floor utk fotostat bil (nasib baik bil talipon yg aku baru bayar minggu lepas ada dalam keta tadi) -
Lepas fotostat tu, aku tanya tokey tu, nak buat stem hasil kat mana? - dgn selamba dia jawab "kena pegi Quality Hotel (QH) nu...!" aiseyman - aku mcm tak cayaaaa je ... aku try gak cari kot kot ada tempat boleh buat stem hasil tu - tapi nampak mcm buang masa pulak - aku pun terus ke QH tu ... (about half kilometer jugak la) - sampai kat QH tu, aku tanya kat Pak Guard tu, stem hasil tingkat berapa? "Tingkat 9" - aku pun naik la ke tkt 9...
Sesampai saja aku kat tkt 9 tu, ternampak la signboard Jabatan Hasil Dalam Negeri ... laaaa .. betul la ... sepatutnya stem hasil buat kat Lembaga Hasil ! aku pun terus nak ambik nombor giliran, tapi ada guard tu tanya pulak -ENCIK NAK BUAT APA ...aku kata la - nak buat stem hasil. dia pun kata - MAAF ENCIK, STEM HASIL DAH TUTUP. tutup???? terus berdesing telinga aku! sekarang baru pukul 3.50pm, tak kan dah tutup? MAAF CIK, PEJABAT HASIL TUTUP PUKUL 3.45PM. aku tanya lagi - abis nak buat macam mana ni - ERR ... ENCIK ADA STEM? KALAU ADA STEM, BOLEH BUAT TERUS. mana la aku nak ada stem tu! abis kalau tak ada nak beli kat mana? ENCIK BOLEH TURUN KE TINGKAT BAWAH, PASTU NAIK TINGKAT SATU KAT PEJABAT PEGUAMCARA TU ADA JUAL STEM, TAPI CEPAT SIKIT SEBAB PEJABAT NI TUTUP PUKUL 4 PTG! pulakkk ....
tanpa lengah, aku terus ke lif, pegi ke ground floor ... slow la pulak lif ni .... sampai saja ke tingkat bawah, mata aku melilau cari tangga ke tingkat satu - ada le escalator kat situ ... aku pun terus bekejar ke tangga bergerak tu... sampai kat tingkat satu, aku cari pejabat peguam yang dikatakan tu. ada la satu, tapi dah tutup pulak. aku cari lagi, ternampak ada satu lagi ... dah nak tutup pun ... aku terus masuk dan terus tanya - ada jual stem hasil? KAMI MEMANG ADA JUAL, TAPI MAHAL SIKIT SEBAB SEBENARNYA KAMI BUKAN JUAL STEM HASIL. whatever lah! SEMUANYA RM55 CIK. aku pulak tak ada duit kecik, ada dua kepin note RM50 saja. lepas bagi dia RM100 tu, minah tu pegi cari duit baki.... melenggang lenggok pulak dia !!!!! sambil cari duit tukar tu, sempat pulak bersembang dgn member dia kat situ ! ... dalam hati aku dok kata - WOI! MASA DOK BERJALAN NI ! CEPAT SIKIT! ... lepas bagi balik duit baki tu, aku pun bekejar keluar pejabat tu. setiap 15 saat aku tengok jam! tercari cari pulak tangga nak turun. rupanya escalator yg ada tu cuma satu hala saja (arah yang aku naik tadi) - yg menghala turun pulak ... nun disana - diseberang bangunan yang luas tu ! aku terus ikut tangga yang tak bergerak (nasib baik tangga tu ada berdekatan).
terus bekejar ke lif, naik tkt 9, LAGI 2 MINIT PUKUL 4PM! setelah diberitahu guard tadi, aku terus ke kaunter 3, terus dicopnya stem hasil tu .... legaaaaaa rasanya .... TAPI ...
Tapi kerja belum selesai! aku nak kena ke imigresen pulak ! buatnya dah tutup, tak ke haru jadinya!
dipendekkan cerita, aku berjaya mendapat nombor giliran kat imigresen tu.... nasib baik lagi, air-cond kat imigresen punya la MAHA KUAT ... dapat la mengeringkan peluh aku yang tak reti nak kering ni ... bertambah nasib baik lagi, pegawai imigresen yang uruskan borang permohonan aku tu, ada iras iras ex-awek aku dulu ... sejuk sampai ke ulu hati! senyum tak abis ! awek tu pulak memang pandai melayan orang ... hilang terus segala penat aku tadi ....
setelah beres, dia bagi kat aku surat kelulusan sementara. KALAU TAK ADA APA2, ENCIK BOLEH DATANG SEMULA HARI KHAMIS NANTI PUKUL 10PG UNTUK COLLECT KELULUSAN ...punya la riang hati aku !!!!!
bila dah settle, aku balik dgn hati yg riang GUMBIRA kerana berjaya dengan permohonan untuk dapat pembantu rumah for the first time .... Yessss !!!
No comments:
Post a Comment