30 January 2010 - Saturday - akan menjadi memori ku seumur hidup...
Pagi : Kami sekeluarga ke Port Dickson untuk menziarah seorang sahabat yang baru saja melahirkan anak ketiganya. Hampir tengah hari, kami pun berangkat pulang ...
Dalam perjalanan pulang, saya bersembang kosong dengan isteri saya. Antara tajuknya ialah berkenaan dengan roof box kami yang tidak boleh dikunci. Saya juga ada menyebut bahawa "..kalau lah roof box tu terbukak ..." dan perkara yang tidak diingini itu pun berlaku...
Lebih kurang 2 kilometer menghampiri kawasan R & R Dengkil, sebuah lori memotong kami sambil membunyikan hon serta memberi lampu dan menunjuk isyarat ke atas ... Saya pun faham, dan terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Memang betul apa yang saya jangkakan. Roof box kami terbukak dan beberapa barang kami yang diletakkan dibahagian dalam roof box tersebut sudah terkeluar dan berterabur diatas jalan. Saya sempat melihat beberapa barang keperluan flying suit saya berterbangan berhampiran kereta saya ...
Dengan berat hati, saya pun mengambil keputusan untuk menyeberang lebuhraya tersebut untuk ke bahagian divider, sambil mencari barang saya tersebut ... Alhamdulilah, beberapa barang yang agak penting dijumpai dan beberapa barang lain (yang saya tidak pasti apa) tidak dijumpai. Saya berjalan hampir 500m sepanjang divider tersebut semasa tengah hari, dengan harapan untuk menjumpai barang-barang tersebut. Setelah gagal menjumpai barang lain, saya ambil keputusan untuk reverse kereta saya sejauh mungkin, dengan harapan dapatlah jumpa dengan barang barang saya yang lain. Antara saya ternampak ialah dua helai Tshirt kegemaran saya, pampers anak saya dan beberapa helaian kertas ...
Saya teruskan perjalanan di bahu bahu jalan dengan harapan yang tinggi, tapi sehingga exit R & R, saya ambil keputusan, sudah tiada rezeki saya untuk jumpa dengan barang yang lain....
Sambil menyesal kerana tidak cuba untuk mengunci roof box tersebut, kami teruskan perjalanan pulang. Sambil terus berbual dengan isteri saya berkenaan dengan insiden tersebut, saya juga ada menyebut "...tayar kereta ni pun bukannya elok sangat, dah nampak tread line dah ...," "....hmm dah lama kita tak mandi hujan kan?" Saya juga sempat bertanya kepada anak anak saya, sama ada mereka pernah mandi hujan atau tidak ... - ianya bakal menjadi igauan seterusnya ...
Selepas isya', kami pergi pula Subang Perdana untuk menyempurnakan jemputan tahlil di rumah sahabat. Semasa keluar dari rumah, saya dapati, kereta saya agak "berat" bila pusing ke kiri atau kekanan ... tapi saya teruskan juga perjalanan. Sampai saja di rumah sahabat tersebut, saya dengar bunyi yang amat tidak menyedapkan hati... saya letakkan kereta saya agak jauh dari rumah sahabat tersebut, dan memeriksa tayar... Confirm! Tayar hadapan sebelah kanan sudah pancit ! Terus diusahakan untuk menukar dengan tayar spare, malangnya, tayar spare juga tidak cukup angin ... Nasib baik salah seorang sahabat meminjamkan keretanya untuk kami pulang dan kami mengambil keputusan untuk menukar tayar pada keesokan harinya ...
31 January 2010 - Sunday - bertambah malang ...
Setelah urusan disebelah pagi, selepas zohor, kami sekeluarga sekali lagi ke kereta kami untuk menukar tayar. Saya ambil keputusan untuk membawa tayar spare saya ke kedai minyak berhampiran untuk diisi angin. Selesai saja mengisi angin kedalam tayar spare, cuaca pulak menjadi gelap - dengan angin kuat titisan hujan mula turun ... Apabila saya sampai ke kereta saya, hujan mula turun dengan lebatnya! Sambil menitis air hujan, saya dan isteri saya cuba meletakkan kembali tayar spare tersebut ... Pada masa yang sama, sahabat saya yang meminjamkan kereta tersebut datang untuk membantu. Saya hanya minta tolong bawa anak anak saya ke rumahnya sementara saya dan isteri menukar tayar spare. Setelah selesai, saya dan isteri membawa kereta tersebut ke rumah sahabat tersebut - dan ... hujan pun berhenti dengan tragisnya ... Sebelum berangkat pulang, sahabat tersebut sempat menjamu kami dengan teh o panas dan keropok ... Setelah selesai, kami berangkat pulang, dengan niat untuk mencari kedai tayar yang berhampiran...
"Hari ni hari Ahad, jam sudah hampir 5 petang, ada ke lagi kedai tayar yang buka???"...
Kali ni, nasib betul betul menyebelahi kami. Kebetulan ada kedai tayar yang buka pada masa tersebut - terus, kedua tayar di hadapan ditukar dengan yang baru ...
Teringat pula : anak saya yang sulung ada jemputan hari jadi kawannya jam 3.30 ptg! Kami bergegas pulang, jam sudah hampir 6.30 ptg - setelah mandi dan mengganti baju yang basah, kami pergi juga ke rumah kawan anak saya itu ... hampir maghrib, baru kami pulang ke rumah !!!! Begitulah adanya ...
Itulah kisah dua hari yang penuh tragis ... Seolah olah, apa yang kami sebutkan TERUS menjadi kenyataan ! Saya sempat juga berjenaka dengan isteri saya, sambil "menyebut nyebut tentang mendapat duit yang banyak" ... heh heh .. tidak pula menjadi kenyataan ... wallahualam ...
Saya cuba mencari cari apakah sebenarnya yang cuba di"beritahu" oleh Yang Maha Kuasa ... kekadang, bila kita lupa, lalai dan "bersenang senang dengan kemewahan yang sedia ada", Dia akan mengambilnya kembali, sedikit demi sedikit, sehinggalah kita sedar akan kesilapan kita dan tidak terus melakukan kesilapan yang sama berulang kali ....
Wallahualam ...
No comments:
Post a Comment