This message was sent to the address below on 14 July 2009, 2300H
Kepada: news@tv3.com.my
1. Terlebih dahulu, sukalah saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Perdana Menteri (PM) kita kerana mengumumkan rebate tol kepada rakyat Malaysia sempena 100 hari perlantikan beliau sebagai PM tempoh hari.
2. Dan Menteri Kerjaya pula telah memperincikan pemberian rebate tersebut pada 14 Julai 2009. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan.
3. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, masih banyak lagi alternatif / cara untuk meringankan beban rakyat Malaysia terhadap tol, bukan dengan sekadar pemberian rebate dalam bentuk ”top-up”.
4. Menteri Kerjaya ada menekankan tentang frequent users. Contoh yang diberi adalah :
Seseorang yang pergi dan balik kerja, pada hari yang sama juga pergi dan balik dari mengambil & menghantar anak ke tuisyen/sekolah. Dan pada hari yang sama juga pergi/balik ke pasar. Maka itulah contoh ”frequent users”.
5. Persoalannya: Berapa ramaikah yang (semasa waktu kerja), pergi / balik ke rumah hanya semata-mata untuk mengambil/menghantar anak ke sekolah/tuisyen? Jika itu lah tafsirannya, berapa ramaikah yang layak digelar frequent users?
6. Bagaimana pula dengan contoh ini: Pengguna A adalah frequent users (menurut tafsiran yang sedia ada). Sehari dia mungkin membelanjakan sekitar purata RM5. Maka, pada hujung bulan, boleh lah dikatakan dia membelanjakan lebih kurang RM100 dengan penggunaan sebanyak 80 kali (20 hari). Dan dia layak mendapat rebate sebanyak 20% itu.
7. Bagaimana pula dengan Pengguna B ini. Dia berulang alik hanya ketempat kerja. Oleh kerana jarak agak jauh, dia terpaksa membelanjakan purata, juga RM5 sehari, untuk perbelanjaan tol. TETAPI, oleh kerana beliau HANYA pergi dan balik sahaja, maka dia hanya menggunakan tol sebanyak 40 kali (20 hari) walaupun terpaksa membelanjakan jumlah yang sama iaitu RM100.
8. Bagaimana pula mereka yang kecewa di hujung bulan apabila mendapati mereka tidak layak mendapat rebate tol, hanya semata-mata mereka hanya menggunakan tol sebanyak 79 kali pada bulan itu (walaupun telah membelanjakan lebih kurang RM200-RM300)?
9. Bagaimana pula mereka yang long distance users? Contoh seperti tinggal di KL bekerja di Seremban atau pun yang tinggal di Rawang berkerja di KL? Jumlah tol sehala lebih kurang RM10. Mereka inilah akan menjadi “mangsa” kerana tidak layak digelar frequent users walaupun telah membelanjakan lebih banyak dari mereka yang frequent users? Seperti yang saya kata tadi, masih banyak cara untuk meringankan beban rakyat dengan masalah tol ini.
10. Berikut adalah sedikit cadangan dari saya:
Pengguna tol di Malaysia boleh membeli ”pas bulanan” (dalam bentuk Touch n Go). Contoh: Pas bulanan berharga RM200, tetapi boleh digunakan dimana-mana tol sebilang masa dalam masa sebulan. Pas bulanan ini, samalah konsepnya dengan pas bulanan parking kereta, bas, LRT dan sebagainya.
Kepada pengguna long distance users, mereka perlu dapatkan pengesahan dari majikan bahawa mereka sememangnya menggunakan jalan yang sama setiap hari dengan jumlah tol banyak, setiap kali pergi dan balik. Dengan pengesahan itu, pihak ‘tol’ boleh memberikan rebate seperti yang sedia ada kepada mereka yang layak.
Pihak kerajaan sepatutnya sudah bersedia untuk mengambil alih sebahagian besar tol di Malaysia, terutamanya di Lembah Klang, Jika tidak dapat semua, sebahagian pun sudah memadai – terutamanya tol yang ‘popular’ (kenderaan masih tersangkut dalam kesesakan walaupun telah membayar tol).
11. Hanya sebagai renungan : Apalah salahnya jika sekali dalam setahun, ‘pihak tol’ memberikan laluan tanpa bayaran tol bagi tempoh 24 jam. Contohnya : Pada 31 Ogos (Hari Kemerdekaan), semua kenderaan boleh melalui pondok tol tanpa membuat sebarang bayaran bermula dari jam 12.01 tgh malam sehinggalah 11.59 malam. Semoga rakyat Malaysia lebih ceria untuk hari bersejarah negara itu.
12. Moga dapat difikir fikirkan bersama. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment