Salam utk semua
My aunty, came to my house last week. Seperti di sebutkan, saya rasa bertanggungjawab keatas kedatangannya. Entah la - it seems that semua orang cuba mengelak untuk menerima kedatangannya ...
During her stay, sempat jugak kami adakan beberapa sesi "luahan perasaan". Basically berkenaan anak2 nya. Rasanya memang dah lama dia simpan dalam lubuk hatinya tu, tunggu masa saja untuk diluahkan. Setiap anak ada saja "kekurangan"nya.
Tidak perlu rasanya kita kongsi secara detail, apa yang diluahkan oleh Aunty saya itu. Cuma kesimpulannya, dia amat sedih kerana anak2 nya berperangai begitu.
Oleh itu, walau sebusuk mana dia, walau setua mana dia, walau senyanyok mana dia, dia tetap emak kita. Kita hanya akan rasa kehilangannya sewaktu dia dah tiada. Sementara masa masih ada, sujudlah dikakinya, mohonlah keampunan dari emak kita. Segalanya hanyalah sementara masa masih ada. Sementara nyawa masih bertahan. Sementara Allah mengizinkan ... Wallahhualam...
No comments:
Post a Comment