11 APRIL 2014 (Jumaat - Day 6)
Perjalanan kami dijangka mengambil masa lebih kurang 8 jam. Ini bermakna kami akan tiba di Mekah sekitar tengah malam. Tapi mutawif kami, UN (Ustaz Naqiudin) awal2 lagi dah bagitau: sebaik saja sampai di hotel nanti, dia beri masa sejam sahaja untuk kami berehat dan kemudian akan terus melakukan umrah. Rasionalnya logik juga - sebab - jika dilewatkan melakukan umrah, takut2 nanti ramai yang akan melanggar pantang larang ketika ihram... Kami semua setuju dengan cadangan mutawif kami..
Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik untuk dicatatkan. Lebuhraya hanya melalui padang pasir yang tandus, saujana mata memandang... Setelah masuk jam kedua perjalanan, ramai yang merehatkan diri sambil tidur... Mungkin menyimpan tenaga untuk melakukan umrah nanti... Percaya atau tidak, kami berdua masih berdebar2 menantikan apa yang akan berlaku seterusnya. Tambahan pulak kami kini sudah berada dalam ihram, pantang larang wajib dijaga...
1930h: Bas kami berhenti di sebuah tempat Rehat dan Rawat. Tetapi pada ketika
yang sama juga angin agak kuat juga - seolah2 ribut pasir sedang melanda...
Ketika itu isteri saya sedang turun dari bas. Sebaik saja terkena ribut pasir tadi,
dia terus (secara automatik) menutup hidung dan mulut dengan telekung (tetapi
masih dalam ihram)... Saya terkejut dan terus suruh dia jangan tutup, takut nanti
langgar pantang larang ihram (iaitu tidak boleh menutup bahagian muka
bagi perempuan)... Isteri saya pun terus melepaskan tangannya.
Tapi ribut pasir agak kuat, terpaksa juga menghadang dengan apa yang boleh...
***katanya kat sini memang selalu berlaku ribut pasir - amat2 tidak digalakkan
untuk ber"selfie" disini...**
Disini disediakan makan malam untuk jemaah dari kumpulan kami. Satu ruang
makan hanya dikhaskan untuk kumpulan kami sahaja. Tetapi agak terkejut juga
sebab kena makan dalam talam. Bukan tak biasa, cuma agak terkejut sebab
tak diberitahu terlebih awal. Satu talam untuk 5 orang makan... Jika diberitahu
lebih awal, mungkin kami boleh berpakat2 siapa yang akan makan dengan siapa...
Tidaklah tertunggu2 untuk mencukupkan 5 orang baru boleh makan...
Tapi juadahnya agak mengkagumkan... Nasi arab bersama dengan ayam dan
ikan goreng, juga timun arab.... Oleh kerana kami memang tersangatlah lapar,
maka orang nampak seolah2 satu talam tu tak cukup !!!
Selepas makan malam, kami solat jama' Isya dan Maghrib
2030h: Setelah selesai semuanya, kami pun menyambung perjalanan umrah kami.
2210h: Bas kami berhenti sebentar di Tana'im
2305h: Akhirnya kami tiba di hotel kami iaitu Nada Al-Khalil di Mekah dan
seterusnya check-in bilik masing2...
Kami dibenarkan untuk berehat sebentar sebelum menunaikan umrah kami
yang pertama...
Hati kami terus berdebar2 menanti saat dan ketika yang bakal tiba...
Segala2nya bermula, selepas tengah malam...
12 APRIL 2014 (Jumaat - Day 7)
Maka bermulalah perjalanan umrah kami...
0035h: Setelah semua jemaah berkumpul, maka mutawif kami,
Ustaz Naqiuddun (UN) memimpin kami untuk berjalan ke Masjidil Haram.
Jemaah kami sahaja lebih kurang 30 orang. Dengan berjalan kaki, kami
menyusuri Kota Mekah yang sentiasa sibuk itu. Risau juga kalau2 tertinggal atau
terpisah dari jemaah lain... Nasib baik UN seorang yang berpengalaman.
Sentiasa tahu apa yang diperlukan oleh jemaah. Juga tahu bila untuk berhenti
untuk menunggu jemaah yg tertinggal...
***walaupun sudah tengah malam, jalan raya di Kota Mekah masih sibuk
dengan trafik (sama ada pejalan kaki atau berkenderaan). Kepada jemaah
yang baru pertama kali, dinasihatkan jangan terlalu jauh dengan mutawif,
ataupun, lebih baik, SEBELUM perjalanan ke Masjid Haram, berbincanglah
dengan mutawif tentang jalan yang bakal dilalui...**
0050h: Kami tiba diperkarangan Masjidil Haram... Sebelum melangkah lebih jauh,
UN sekali lagi memberi taklimat.
Pertama berkenaan dengan kawasan Masjidil Haram. Dia menunjukkan
dimana tempat wudhu' lelaki dan tempat wudhu' wanita. Juga tandas lelaki
dan wanita.
Kedua tentang tempat berjumpa semula (RV point). Jika jemaah tersesat atau
hendak pulang bersama, kami diminta utk terus tunggu dipintu utama (pintu 1)
Masjid Haram...
Ketiga taklimat tentang pergerakan dan perkara yang akan berlaku dalam
Masjid Haram itu nanti...
***sebelum meneruskan pergerakan, UN mengingatkan jemaah tentang
selipar masing2... Tidak seperti di Madinah, disini adalah kurang selamat untuk meninggalkan selipar di rak. Tapi terpulang kepada jemaah masing2 untuk
membawanya atau tidak.
Dicadangkan juga, agar jemaah membawa bersama (sepanjang tawaf dan sa'ei)
selipar masing2 (yang dibungkus dengan plastik yang disediakan
di pintu masuk Masjid).
Diingatkan: sesiapa yang bercadang untuk membawa bersama selipar
masing2, selipar tersebut hendaklah dibasuh dengan bersih terlebih dahulu
dikawasan mengambil wudhu sebelum masuk kedalam Masjid**
0105h: Akhirnya kami tiba pintu kaa'bah... Sayunya hati tidak terkira... Tak sangka
kita akan menjadi tetamuNya... Dengan berpakaian ihram, kami melakukan tawaf
7 pusingan sebagai permulaan umrah. Kami hanya mengikut apa2 yang dibaca
oleh UN sambil meneruskan tawaf.
Adakala kami tertinggal juga dengan bacaan oleh UN dan kekadang tak terdengar
bacaan oleh UN... Dikala itu kami meneruskan bacaan dengan doa serta zikir
yang kami telah sediakan sebagai backup.
***semasa kursus tempoh hari, kita akan dimaklumkan bahawa, tak semestinya
kita mengikuti apa yang ditulis dalam buku panduan. Kita boleh saja
meneruskan tawaf dengan apa sahaja zikir yang kita tahu, asalkan kita tahu
bilangan pusingan kita. Begitu juga dengan bacaan ketika sa'ei nanti**
Setelah selesai 7 pusingan, kami bergerak kebelakang makam Nabi Ibrahim
untuk menunaikan solat sunat tawaf. Kemudian, kami bergerak pula ke
bahagian sa'ei.
Sebelum semua jemaah bergerak ke bahagian sa'ei, kami berkumpul terlebih
dahulu di pintu masuk ke bahagian sa'ei... Disitu ada tong2 air zamzam sedia
utk diminum
***menurut UN, adalah sunat untuk kita minum air zamzam sedikit selepas
tawaf, untuk menyegarkan kembali tenaga**
Setelah semua jemaah berkumpul, kami pun bergerak ke bahagian sa'ei
(Sa'ei ialah berlari2 anak antara Safa dan Marwah).
Rupa2nya bahagian sa'ei terdiri dari 3 tingkat. Sebagai permulaan, untuk
sa'ei pertama, UN membawa kami ke bahagian yang tengah.
Setelah menerangkan serba sedikit tentang sa'ei, kami pun melakukan sa'ei
sebanyak 7 pusingan. Setelah lengkap 7pusingan, UN memimpin kami membaca
doa setelah lengkap sa'ei. Disini, kami terus saja bersedia untuk bertahalul
bagi melengkapkan umrah kami.
***sepanjang jalan sa'ei tersebut, ada disediakan kawasan2 untuk jemaah
berehat sambil minum air zamzam, sebelum meneruskan perjalanan untuk
melengkapkan 7pusingan sa'ei**
0400h: Segala2nya sudah lengkap. Kali ni kami bertahalul untuk melengkapkan
umrah kami serta keluar dari larangan ihram... Dengan tertunainya tahalul tadi,
maka saya dan isteri saya, secara rasminya telah lengkap mengerjakan
umrah kami. Segala puji2an hanya bagi Allah semata2.
Tidak tergambar kegembiraan kami dengan kata2... Mungkin pada orang lain,
ianya hanya ritual sahaja. Malah mungkin ada yang kata "... Ala biasala buat umrah,
kenapa nak emotional sangat". Tapi pada kami, ianya adalah segala2nya.
Terasa masih ada harapan untuk kami mendapat rahmat Allah di penghujung
hayat nanti... Rupanya masih ada ruang untuk kami disisi Allah sebagai hambaNya.
Rupanya masih diizinkan Allah untuk menjadi tetamu istimewaNya di bumi
Mekah ini... Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Segala Puji2 hanya bagiMu Ya Allah...
Kepada yang "sentiasa" mendapat rahmat Allah tu, saya ucapkan
tahniah dan syabas. Doa2 lah semoga kami pun sentiasa dalam rahmat
Allah juga. Amin.
Seterusnya, pada dasarnya, kami bebas untuk melakukan aktiviti2 lain
(kerana sudah bebas dari larangan ihram). Ada yang balik ke hotel, ada yang
mencari sarapan... Bagi saya dan isteri, oleh kerana subuh sudah hampir,
kami bercadang untuk balik ke hotel selepas solat subuh nanti.
Sebelum bergerak ke bahagian masing2 (kawasan solat lelaki dan wanita),
kami berjanji untuk berjumpa semula di RV point (didepan menara ZamZam)
selepas solat nanti.
0445h: Azan subuh dan seterusnya solat subuh.
Setelah solat subuh, kami berjumpa semula di rv point yang telah dijanjikan.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah untuk membeli sarapan.
Tengok rupa macam burger, tapi bila makan, rupa2nya hanya sayur2an...
Kami redha je lah. Lagi pun kami memang lapar pada masa tu... Setelah selesai
makan burger sayur tersebut, kami meneruskan lagi perjalanan balik ke hotel...
Tiba2 isteri saya "mencabar" saya - "tak mau botak ke?"... Dan hampir pada
masa yang sama, kami tiba dikawasan mencukur rambut (sebenarnya
kedai gunting rambut)... Apa lagi, tanpa was was lagi, saya terus ke kedai tersebut
dan, seolah olah tahu niat saya barber terus tanya "mau botak?"
(sebenarnya dia dah biasa dengan jemaah umrah yang ingin botakkan
kepala disitu) - saya pun, dengan pantas menjawab - YAAA... KASI BOTAK !!!
Rasanya tak sampai dua minit kot...habis sudah licin kepala saya... Hahaa...
Pertama kali dalam masa 40 tahun ni, inilah pertama kali saya merasakan
pengalaman botak licin... (botak masa baby dulu tak kira aaa)
Pada mulanya saya tak rasa apa2 perbezaan, tapi setelah beberapa minit
kemudian, saya rasa kepala saya sejukkkkkkk sangat. Seolah2 dilumur
dengan minyak angin cap kapak...!!! Sejukkkkkk sangat !!!! Alhamdulillahhhh....
0630h: Akhirnya kami tiba semula di hotel. Setelah bersarapan, kami ke
bilik masing2 dan berehat sambil melelapkan mata...
Tiada aktiviti untuk kami pada hari ini... Semua jemaah diberi pelepasan
untuk berehat... Sebelah petang saya dan isteri berjalan2 disekitar hotel
sambil mencari cenderahati utk dibawa pulang. Sebelah malam pula kami ke
Masjid Haram utk solat Maghrib dan Isya.
*** Seperti biasa, kalau bercadang utk solat di dalam Masjid Haram,
sila ke sana sekurang2nya sejam lebih awal dari masuk waktu...
Jika tidak, kita hanya sempat solat di "kaki lima" masjid saja..**
Lepas isya, makan saja apa yang ada di cafetria tu, lepas tu,
Selamat Malam semua... Lights off.
13 APRIL 2014 (Jumaat - Day 8)
0330h: Saya terkejut jaga dan terus bersiap sedia untuk aktiviti hari ini.
Seperti dirancang, aktiviti hari ini ialah melawat Jabbal Rahmah dan
melakukan umrah kali kedua (sunat).
0730h: Setelah tertangguh selama 30 minit dari waktu yang dijadualkan, akhirnya
kami bergerak memulakan perjalanan kami.
Pertama sekali kami berhenti di Jabbal Rahmah... Dikatakan disinilah titik
pertemuan antara Adam dan Hawa setelah terpisah ketika diturunkan ke
bumi dari Syurga.
Kemudian kami bergerak pula ke Jabbal Nur. Disitu terletaknya Gua Hira'
yang terkenal (ketika Nabi Muhammad saw berhijrah dari Mekah ke Madinah).
Tapi Gua Hira' terlalu tinggi untuk didaki. UN mencadangkan, sesiapa yang
hendak mendaki hingga ke Gua Hira', beri nama kepada beliau dan pendakian
akan bermula jam 10malam (kerana waktu malam lebih sejuk jika dibandingkan
dengan pendakian diwaktu siang).
Setelah berhenti di kaki Jabbal Nur, kami dibawa pula ke Mina, Mudz'dalifah dan
ketiga2 Jamrah.... Kesemuanya terletak di kawasan Arafah. UN memaklumkan
bahawa, kami sengaja dibawa kesitu sebagai persediaan untuk kami
menunaikan Haji suatu hari nanti, insya allah...
Setelah itu, kami terus bergerak ke Masjid Ja'norah untuk solat sunat serta
bersedia untuk memulakan niat umrah.
***Ja'norah adalah miqat untuk kami memulakan niat untuk melakukan umrah**
Setelah kami sempurna dalam pakaian Ihram, kami semua bergerak menuju
semula ke Masjidil Haram...
***Dari hotel tadi lagi, saya sudah bersiap memakai kain ihram, tetapi saya
pakai tshirt (inner) untuk lawatan ke Jabbal Rahmah dan tempat2 lain tadi**
Setelah semua jemaah bersedia, UN memimpin kami untuk berniat ihram dan
seterusnya bertalbiah disepanjang perjalanan...
1020h: Kami tiba dihotel (untuk meletakkan barang2 yang dibawa, serta
persalinan pakaian tadi)dan diberi masa hingga 1100h untuk berkumpul serta
bergerak ke Masjid Haram.
1040h: Saya dan isteri telah bersedia untuk menunaikan umrah untuk kali kedua.
Kami yakin untuk melakukan sendiri umrah tanpa dipimpin oleh mutawif.
Maka saya dan isteri memaklumkan kepada UN bahawa kami berdua akan
pergi sendiri menunaikan umrah tanpa mengikut kumpulan jemaah.
UN memperkenankan. Dengan itu, saya dan isteri pun berdua2an ke
Masjid Haram, sambil menjaga pantang larang ihram yang ditetapkan...
1100h: Kami tiba di Masjidil Haram, dan terus saja membaca doa2 yang telah
kami pelajari semasa umrah kali pertama tempoh hari. Kami menyusur turun
anak tangga asjid menuju kekawasan tawaf. Seterusnya, apabila dikawasan
(lampu hijau) yang ditetapkan, kami pun memulakan tawaf sebanyak
tujuh pusingan...
1130h: Kami selamat menyempurnakan tawaf sebanyak tujuh pusingan dan
solat sunat di belakang Maqam Nabi Ibrahim. Setelah selesai, saya dan isteri
menunggu UN dan jemaah lain dikawasan air zamzam untuk meneruskan
dengan sa'ei.
1155h: UN dan jemaah lain tiba setelah menyempurnakan tawaf mereka. Saya
dan isteri pun menyertai semula UN dan jemaah lain menuju ke kawasan sa'ei.
Kali ini, UN membawa kami ke tingkat atas untuk sa'ei. Kawasan ini lebih selesa
kerana kurang jemaah yang melakukan sa'ei di tingkat ini (kebanyakan jemaah
melakukannya di tingkat bawah, yang ada bekas tapak bukit Marwah).
Baru satu pusingan sa'ei, azan Zohor berkumandang. UN mengambil keputusan
supaya kami berhenti seketika, untuk menunaikan solat Zohor.
1210h: Semua jemaah berhenti rehat, sambil menunggu untuk Imam memulakan
solat Zohor.
Setelah selamat menunaikan solat Zohor, sebelum UN menyambung kembali
baki 6 pusingan
sa'ei, saya dan isteri memaklumkan kepada UN bahawa kami
hendak meneruskan pusingan sa'ei tanpa mengikut jemaaah.
UN memperkenankan,
dan kami meneruskan baki 6 pusingan.
***bukan kami tak suka dengan jemaah, cumanya kami ingin merasa sendiri
pengalaman melakukan umrah tanpa dipimpin mutawif. Lagipun, jika tidak ikut
jemaah bersama mutawif, boleh lah laju sedikit dan berhenti untuk minum
air zamzam tanpa ada perasaan takut ditinggalkan jemaah lain**
1315h: Saya dan isteri selamat menyempurnakan sa'ei sebanyak 7 pusingan itu
dan menunggu UN serta jemaah lain untuk tiba. Rupa2nya hanya lebih kurang
2 minit membezakan kami dengan jemaah yang dipimpin oleh UN tadi...
Setelah semua jemaah berkumpul, kami bersama2 melakukan tahalul untuk diri
masing2. Setelah selesai, UN memberitahu, sekarang terpulang pada jemaah
untuk tunggu waktu asar atau ke pulang ke hotel atau aktiviti2 lain yang
dirasakan perlu...
Oleh kerana dari pagi kami berjalan (ziarah), ditambah pula dengan tawaf dan
sa'ei, maka saya dan isteri mengambil keputusan untuk berehat di hotel saja...
bermakna juga, kami solat Asar di surau hotel saja...
1745h: Saya dan isteri bergerak menuju ke Masjid untuk solat Maghrib dan
mengambil keputusan untuk tunggu sehingga selesai solat Isya' sebelum
pulang ke hotel..
2030h: Kami selesai menyempurnakan solat Isya'. Kali ini kami nekad untuk
menyempurnakan tawaf sunat pula... Kali ini, isteri saya teringin sangat untuk pergi
hampir dengan Ka'abah atau lebih tepat lagi, sekurang2nya menyentuh Ka'abah
dengan tapak tangan sendiri...
Dalam kesesakan jemaah yang ramai, saya berjaya juga membawa isteri saya
hampir dengan Ka'abah dan seterusnya menyentuh bangunan Ka'abah...
Seterusnya saya cuba untuk membawa isteri saya menuju ke Hajarul Aswad..
Sesungguhnya pada ketika itu, saya tidak cukup kekuatan untuk membawa
isteri saya untuk mencium Hajarul Aswad atau sekurang2nya menyentuh
Hajarul Aswad itu sendiri...
Dicelah2 orang2 Arab yang berbadan besar, kami dihimpit2 dan ada ketika
hampir jatuh kerana tidak lagi mampu untuk berpaut pada apa2 sekalipun...
Kami hanya mampu melihat saja Hajarul aswad yang berada kira2 hanya
2meter dari kedudukan kami..
Mungkin ada hikmahnya Allah tidak mengizinkan kami mendekati Hajarul Aswad...
Dalam keadaan tolak menolak yang tidak berhenti itu, akhirnya saya dan isteri
"ditolak keluar" dari kawasan Hajarul Aswad... Saya amat sedih kerana gagal
membawa isteri saya untuk mencium Hajarul Aswad. Saya lihat isteri saya
bersungguh2 mahu mencuba untuk pergi rapat dan seterusnya mencium
Hajarul Aswad... Tapi apakan daya, kuasa Allah itu melebihi segala2nya.
Kami redha dengan segala ketentuan dari Nya.
"Ya Allah, suatu hari nanti, izinkanlah isteri ku untuk mencium Hajarul
Aswad Mu. Hanya kepada Mu aku berserah dan hanya kepada Mu aku
meminta pertolongan. Aminn"
Mungkin, jika ada rezeki, saya dan isteri akan kesana semula... Mungkin juga
kami diberi kesempatan olehNya pada kali itu, untuk memcium Hajarul Aswad itu.... AAMMIINNN"
Pada saya, saya sudah mempunyai "Hajar" saya sendiri. Dan lebih baik lagi,
saya boleh "menyentuhnya" pada bila2 masa yang saya mahu... Alhamdulillah..
Setelah puas berada di kawasan Ka'abah dan Masjid, kami pun bergerak pulang
ke hotel. Tetapi kali ni, kami menjalankan kewajipan kami sebagai pelancong pula.
Sebelum pulang ke hotel, kami melihat kawasan di Zamzam Tower, dan
Safa Tower... Kami juga berhenti seketika untuk menikmati ice-cream Hilton
yang dikatakan terkenal itu...
2230h: Akhirnya kami tiba semula ke hotel dengan seribu kenangan dan
pengalaman indah yang akan dibawa pulang untuk dikongsi bersama keluarga...
2330h: Kami pun beradu di bilik masing2 setelah menikmati hari yang indah...
14 APRIL 2014 (Jumaat - Day 9)
0320h: Sekali lagi saya terjaga dari tidur dan kali ini, secara tiba2 saya
teringatkan anak2 yang ditinggalkan di tanah air... Terasa rindu yang amat
mendalam kepada mereka.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa
rindunya kepada mereka...
0745h: Hari ini, tiada aktiviti lain yang dirancang untuk kami. Cuma Ceramah
Perdana oleh ustaz jemputan... Oleh kerana isteri saya kurang sihat, saya
ke sana seorang diri...
1300h: Saya dan isteri berjalan2 disekitar bandar Mekah untuk membeli belah
sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air..
Pada ketika ini, isteri saya dengan sedihnya, memberitahu bahawa beliau
"datang bulan"... Jika di ikutkan kiraan, sepatutnya dia hanya datang bulan
pada 17hb April nanti.. Tetapi takdir Allah mengatasi segala2nya...
Ini juga bermakna, saya akan melakukan umrah (sunat) kali ketiga seorang diri...
Saya lihat isteri saya begitu kecewa kerana tidak dapat meneruskan umrah
bersama2... Saya menenangkan beliau, mengatakan bahawa, anggaplah ini
semua sebagai hikmah tersembunyi yang Allah hendak beri kepada kita...
Beliau menerimanya dengan tenang... Walau bagai mana pun, saya tetap
merasakan kesedihan yang beliau rasakan itu...
Tiada perkara lain yang menarik pada hari kesembilan ini.
15 APRIL 2014 (Jumaat - Day 10)
0300h: Saya terjaga dari tidur, setelah bermimpikan anak2 saya...
Rindu sangat kepada mereka...
0700h: Semua jemaah bersedia dengan pakaian ihram masing2.
Hari ini kami akan terus ke Miqat untuk berniat Ihram dan menunaikan
umrah ketiga...
0740h: Semua jemaah berhenti di Masjid Tana'im untuk solat sunat 2 rakaat
dan seterusnya berniat umrah...
***walaupun datang bulan, isteri saya turut mengikut rombongan jemaah ke
Masjid Tana'im dan Masjid Haram. Cuma beliau tidak memasuki Masjid,
sebaliknya menunggu saya selesai mengerjakan umrah di luar masjid**
0830h: Bas kami berhenti di lorong khas yang disediakan untuk bas
(dibawah Masjid Haram) - setelah itu, kami pun terus saja meneruskan
dengan umrah kami dengan sempurna
1115h: Berjumpa semula dengan isteri saya di RV Point yang telah dijanjikan
(Hotel Hilton) dan seterusnya pulang ke hotel
1400h: Saya dan isteri meneruskan last minute shopping disekitar Mekah.
Pada ketika ini, amat sedikit wang tunai yang ada didalam simpanan kami.
Jadi, tidak banyak yang dapat dibeli untuk dibawa pulang.
Oleh kerana besok (16hb April) adalah hari terakhir, maka kami pun mula
bersiap2 mengemas beg pakaian kami (maklumlah kena mengambil kira
juga segala cenderahati yang dibeli di Madinah juga di Mekah. Nasib baik
masih ada ruang untuk semua barang tanpa perlu "menambah" beg baru).
Tiada perkara lain yang menarik pada hari kesepuluh ini.
16 APRIL 2014 (Jumaat - Day 11)
0730h: Program terakhir; melawat Museum of Two Holy Mosque
(Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Kemudian ke ladang unta sambil try
susu unta...
Seterusnya terus me Masjid Hudaibiyah...
1230h: Pulang semulake hotel dan mengemas beg untuk dibawa pulang
ke Malaysia
1630h: Taklimat mengenai Tawaf Wida' - seterusnya diikuti dengan solat
Maghrib dan Isya'
terakhir sebelum berangkat pulang
2130h: Mengerjakan Tawaf Wida', sayu dan sedih untuk meninggalkan
rumah Allah yang satu ini... Sukar digambarkan. Bila lagi kesempatan ini
diberi oleh Allah...
2230h: Selesai mengerjakan tawaf wida' - perasaan sayu makin menjadi2...
Ya Allah, hanya kepada Mu aku bermohon agar ini bukanlah kali terakhir aku
ke sini...
2320h: Kami telah bersedia dalam bas, tapi menurut UN, masih ada lagi jemaah
yang belum bersedia, jadi, kami terpaksa menunggu mereka untuk menaiki bas.
Katanya bas akan bertolak selepas tengah malam...
17 APRIL 2014 (Jumaat - Day 12)
0035h: Akhirnya bas mula bergerak menuju ke Lapangan Terbang Jeddah...
Saya dan isteri hanya mampu berpegang tangan, sambil terus berdoa agar
dapat kembali ke Tanah Haram ini suatu hari nanti.
0205h: Kami tiba di Lapangan Terbang Jeddah dan memunggah barang2
persendirian kami.
Sebelum bas berhenti tadi, UN berpesan kepada kami, bahawa di lapangan
terbang nanti, ramai yang akanmengambil kesempatan keatas jemaah yang akan
pulang, termasuklah mengenakan charge jika hendak menggunakan troli
di lapangan terbang. UN menasihatkan kami agar berhati2 dan jika ada apa2
masalah, terus berhubung saja dengan beliau...
Sambil menunggu, kami diberi sarapan nasi bungkus... Alhamdulillahhh..
0450h: Solat subuh
0700h: Tiba masa untuk cx-in. Oleh kerana tiba awal, para mutawif (yang
sudah biasa dengan kerenah birokrasi pak arab di lapangan terbang) terus
memimpin kami untuk cx-in di kaunter. Menurut mutawif, biasanya petugas arab
di kaunter akan membuat kerja sambil lewa semasa urusan cx-in, tapi dengan
kuasa Allah, dijadikan pula sistem down pada masa tu. Semua kerja terpaksa
dilakukan secara manual. Baaaaarulah kami lihat petugas kaunter "pecah peluh"
untuk menguruskan kesemua 300 jemaah kami ni. Tambahan pulak, masa
untuk boarding makin hampir...
Semasa cx-in ni lah, kami dimaklumkan bahawa setiap jemaah diperuntukan
air zamzam 5liter seorang. Setiap botol telah siap dipek dengan sempurna,
siap dengan nama jemaah diatas setiap pek.
0730h: Dipendekkan cerita, segala urusan cx-in selesai tanpa sebarang masalah,
begitu juga dengan dengan urusan imigresen.
Dannnn akhirnya....
0930h: Pesawat akhirnya berlepas meninggalkan bumi Arab Saudi ini...
Perjalanan dijangka mengambil masa selama 8jam. Kami dijangka tiba di LCCT
pada jam 2330h (waktu tempatan).
Oleh itu, jam seterusnya akan dicatatkan dalam waktu tempatan, Malaysia.
1740h: Waktu sebenar di Malaysia
Kami baru saja selesai mengerjakan solat Zohor dan Asar.
Sebentar tadi, makan tengah hari baru saja dihidangkan, menu: Nasi Masala
2130h: Makan malam, menu: Nasi Ayam
2230h: Diawal catatan, saya menyebut bahawa; saat yang paling susah ialah
ketika hendak meninggalkan anak2 dibawah jagaan Allah semata2...
Tetapi saya amat tersilap! Kami di penghujung perjalanan kami, dan saya dapati,
sebenarnya, saat yang paling sukar ialah ketika hendak meninggalkan
Masjidil Haram sebentar tadi. Kita tidak tahu, bila lagi kesempatan yang akan
hadir untuk kita ke sana lagi. Entah kan ada , entah kan tidak.... Entah kan
umur panjang, entah kan tidak... Tiada siapa tahu...
Sebelum mengerjakan tawaf wida', saya besedia dengan bermacam2 permintaan
untuk disertakan dalam doa terakhir saya dihadapan Kaabah,
dihadapan Multazam...
Untuk isteri, untuk anak2 tercinta, untuk kaum keluarga, untuk
sahabat handai dan sebagainya... Tetapi, sebaik saja saya menadah tangan
untuk berdoa,
hanya
airmata yang deras yang mengalir...
Tiada kata2, tiada doa yang khusus, tiada ucapan, tiada apa yang dapat
diungkapkan lagi...
Tetapi, pada ketika itu, sesuatu yang pasti, aku berharap aku dapat tinggal
lebih lama di bumi Mekah ini... Atau Madinah...
Pada ketika itu jugalah, aku rindukan Rasulullah saw, aku rindukan
Masjidil Haram, aku rindukan segala2nya disini...
Aku cuma berharap agar aku dan keluarga diizinkan sekali lagi, diberi kesempatan
sekali lagi, untuk berada di sini sekali lagi... Insya Allah, Amiinn..
2320h: Pesawat kami akhirnya selamat mendarat di LCCT... alhamdulilah
Masa untuk berpisah dengan rakan jemaah, semoga kita bertemu lagi di lain
masa... Rindu kalian semua..
Setelah mengambil beg dan airzamzam masing2,
kami pun bergerak keluar
dari terminal.
Disana, abang iparku sudah
sedia menunggu untuk membawa kami pulang.
18 APRIL 2014 (Jumaat - Day 13)
0100h: Kami selamat tiba diperkarangan rumah... Disambut anak2 yang ceria....
Rindu mereka berbalas...
Alhamdulillah...
Segala Puji2an Hanya Bagi Allah semata2...
SEKIAN SAJA NUKILAN PERJALANAN SAYA DAN
ISTERI KE MADINAH DAN MEKAH... WASSSALAM