Hari ini dalam sejarah - satu rumah demam!
- Semuanya bermula dengan Darwisy Iman pada pertengahan April yang lalu... Kami dapati dibadan dia macam ada kayap. Jadi, kami pun bawaklah dia ke klinik... hendak dijadikan cerita, Dini & Danish pun demam juga, maka kesimpulannya, tiadalah yang kesekolah. Iman pulak, oleh kerana kena benda tu, terus dapat cuti dua minggu. Maka secara tak langsung jugak, Dafiny pun takk la kesekolahhhh....
- Isnin, 30hb April, lepas waktu kerja; saya pulak rasa tak sedap badan, maka terus diajak isteri saya ke klinik. Sambil2 bersiap utk ke klinik (selepas magrib), kami dapati Dafiny pulak nampak sugul. Bila diperiksa, memang agak panas badan dia. Pada masa yang sama, Dyna pun asyik merengek sepanjang hari. Jadinya, saya dafiny dan dyna lah yang report sakit hari tu...
- Selasa, 1hb May, nasib baik cuti hari pekerja; saya langsung tak boleh bangun... rasa sengal seluruh badan... Ingatkan boleh berehat, tengok2, isteri saya baru kena demam pulak - maka terpaksalah saya cuba juga uruskan serba sikit urusan rumah - terutamanya Dyna & Dafiny... Angah pun sebenarnya kurang sihat/demam juga, tapi dia dah bertindak lebih awal dengan memakan ubat demam... Maka agak kurang kesan demam kepada dia... Malam tu juga, lepas magrib (mcm biasa) - saya dan isteri pergi lagi sekali ke klinik, kali ni untuk ambil ubat & MC untuk isteri saya. Saya juga dapat penambahan ubat sebab batuk dan lemah badan.
- Rabu, 2hb May, saya tak kerja; terlalu lemah rasanya untuk bekerja - walaupun tak terbang hari tu, saya tetap rasa tak sedap badan dan perlukan rehat yang panjang. Saya ambil keputusan untuk lapor sakit di RSAT dannnn... doctor bagi saya cuti rehat 2 hari !!!
- Maka secara rasminya; habislah seluruh rumah kena demam yang "dimulakan" oleh Iman tu...
- Setakat saat saya menulis ni, cuma isteri saya, Angah & Dyna saja yang belum nampak tanda2 sembuh betul, cuma lebih baik sikit dari hari sebelumnya...
- hmm.. gitu lah adanya...